CD Projekt telah mengesahkan bahawa jalan cerita utama yang disajikan dalam Cyberpunk 2077 akan lebih pendek berbanding apa yang mereka telah bawakan dalam The Witcher 3.
Faktor mereka memutuskan untuk memendekkan jalan cerita utama dalam game futuristik itu adalah disebabkan ramai pemain The Witcher 3 sebenarnya tidak habiskan kisah yang ada dalam game yang pertama kali diterbitkan pada 2015 itu.
Perkara ini didedahkan oleh pereka quest game ini, Patrick K. Mills ketika bercakap dalam temubual bersama CohhCarnage.
“Perbezaan antara perjalanan completionist [pemain yang suka habiskan semua kandungan game sehingga 100%] dan perjalanan cerita utama.. kami boleh katakan kisah utama dalam Cyberpunk 2077 akan sedikit lebih pendek daripada The Witcher 3 kerana kami menerima banyak rungutan tentang kisah utama The Witcher 3 yang terlalu panjang,” kata Mills.
“Melihat kepada metriknya, kamu dapat lihat jumlah ramai pemain yang sudah main game itu jauh, tapi tak pernah habiskannya pun sehingga tamat. Kami mahu kamu saksikan kisah penuhnya, jadi kami telah pendekkan jalan cerita utamanya, tapi kami ada banyak boleh dilakukan, dan dari segi perjalanan completionist, saya tiada nilainya.”
Sebagai perbandingan, menurut laman How Long To Beat, purata pemain menghabiskan kisah utama dalam The Witcher 3 ialah 52 jam, manakala completionist memerlukan lebih 179 jam. Ini hanyalah kandungan asas dalam The Witcher, tidak termasuk lagi expansion Hearts of Stone dan Blood and Wine.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 19 November ini untuk PC, PS4, dan Xbox One, serta Stadia pada tahun ini juga. Versi penambahbaikan untuk PS5 dan Xbox Series X akan dilancarkan pada tahun hadapan.
Comments
Loading…