in , ,

Kisah Bagaimana Naughty Dog Suatu Ketika Dulu Mencabar Kemampuan Sistem PS1 Untuk Hasilkan Crash Bandicoot

Sempena Crash Bandicoot N. Sane Trilogy yang bakal keluar tidak lama lagi, mari kita menyelusuri sejarah game yang bakal mengubah studio Naughty Dog buat selama-lamanya.

Seperti anda tahu, trilogi asal Crash Bandicoot dibangunkan oleh Naughty Dog khas untuk PlayStation 1 pada tahun 1996. Pada zaman 90-an, game sidescroller antara trend game ketika itu. Oleh itu, Naughty Dog melangkah ke perspektif baru dengan meletakkan pandangan kamera ke arah belakang protagonis sepanjang permainan ini.

Untuk game yang lebih daripada 20 tahun, Polygon mendekati pelbagai orang yang terlibat dan juga individu-individu penting seperti pengasas bersama Naughty Dog, Jason Rubin dan Andy Gavin serta lain-lain dalam menjayakan Crash Bandicoot.

Rubin dan Gavin mendapat inspirasi game ini apabila mereka memandu merentas negara dari Boston sehingga California selama 40 jam. Nama asal diberikan untuk game Crash Bandicoot sebenarnya berjudul “Sonic’s Ass” kerana seperti melihat belakang karakter Sonic.

“Dat ass tho”

Artikel ini penuh dengan kisah-kisah pembangunan Crash Bandicoot yang menarik dan juga menghadapi pelbagai cabaran seperti Gavin dan programmer, Dave Baggett menceritakan aturcara game ini membuatkan orang Sony fikir game ini bakal hancurkan PlayStation.

“Saya ada idea tentang bagaimana anda boleh guna virtual memory untuk memberikan level lebih besar,” kata Gavin. “Macam, level Crash selalunya menjadi 32 ke 40 megs tetapi machine memory hanya sampai dua. Hampir kesemua game lain perlu menyesuaikan level mengikut working memory seperti satu meg.”

“Saya pasti kami boleh masukkan segalanya di dalam CD dan memori di dalam akan berada di latar belakang dalam masa yang sama,” Gavin berkata. “Apa yang sebenarnya berlaku ialah Crash memuatkan tiga 64K chunks – selalunyalah apabila anda bermain game, ia memuatkan tiga 64K chunks sesaat daripada cakera dari pelbagai lokasi di seluruh cakera.”

“Jadi, anda boleh dengar pembaca cakera itu mengeluarkan bunyi ‘ee-eee-ee-ee-ee,’ semasa pembaca itu cuba mengambil data chunks secara konsisten,” kata Gavin.

Apabila Sony memasukkan CD ke dalam PlayStation, Sony risau apa game ini akan buat kepada perkakasan PlayStation.

“Rasanya Kelly Flock (ketua Sony ketika itu) berkata kepada saya, ‘Awak buat apa dengan CD ini? Ini boleh sampai ke 400,000 bacaan CD sahaja,'” sekilas oleh Gavin. Jika tekaan Sony itu benar-benar terjadi, Gavin berseloroh pemacu CD hanya boleh bertahan game Crash Bandicoot selama tiga minggu sahaja.

Crash juga secara rasminya menjadi maskot untuk PlayStation

Naughty Dog juga berkesempatan mencuba game remastered Crash Bandicoot N. Sane Trilogy baru-baru ini dan dilaporkan berpuas hati dengan usaha Vicarious Visions dan Activision.

Crash Bandicoot N. Sane Trilogy merangkumi tiga game Crash Bandicoot: Crash Bandicoot, Crash Bandicoot 2: Cortex Strikes Back, Crash Bandicoot 3: Warped bakal dikeluarkan pada 30 Jun ini untuk PlayStation 4.

*Unit review Crash Bandicoot N. Sane Trilogy akan disediakan oleh NaGaming dan korang juga boleh dapatkan daripada mereka!

What do you think?

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PES 2018: Tonton Gameplay Di PC Buat Kali Pertama, Sememangnya Berkualiti Seperti Yang Dijanjikan

League of Legends: YeoChoeMi – Gadis Challenger Dari Korea Selatan