in ,

Kira-Kira Lebih 2,000 Game Digital Akan Hilang Selepas Penutupan PS Store Di PS3, Vita, PSP

Bagi yang terlepas berita ini, Sony secara rasminya telah mengumumkan bahawa bermula Julai ini, PlayStation Store di PS3, PS Vita dan PSP akan ditutup.

Walaupun sebilangan besar pemain sudah tidak lagi bermain di platform-platform ini, terdapat sebilangan kecil yang mungkin terkesan dengan penutupan ini.

Menurut analisis yang dikeluarkan oleh VGC, terdapat lebih daripada 2,000 game digital-sahaja (yang tiada keluaran disk fizikal) akan hilang buat selamanya apabila PS Store ditutup di platform-platform ini.

Walau bagaimanapun, jangan terkeliru. Game-game ini hanya hilang jika pemain tidak membelinya sebelum penutupan store tersebut. Sekiranya pemain sudah memilikinya, pemain dibenarkan untuk muat-turun dan mainkannya pada bila-bila masa kerana ia sudahpun berada dalam akaun pemain.

Menurut VGC, daripada senarai lebih 2,000 ini, majoritinya masih boleh didapati di PC dan konsol-konsol lain (termasuk konsol PlayStation lain).

Namun, sekitar 120 game benar-benar akan hilang buat selamanya kerana ia merupakan game eksklusif yang hanya boleh didapati di PS3, Vita atau PSP, antaranya:

  • Infamous: Festival of Blood
  • Echochrome II
  • Lumines Supernova
  • The Last Guy
  • Rain
  • Trash Panic
  • Pain
  • PixelJunk Racers
  • Tokyo Jungle
  • TxK
  • MotorStorm RC

Beberapa game pula akan bertukar menjadi eksklusif yang hanya boleh didapati di konsol-konsol Xbox seperti Beyond Good & Evil HD, Lara Croft and the Guardian of Light serta kedua-dua game Bionic Commando.

Berikut ialah pecahan game yang bakal hilang mengikut platform, yang mana ia dijumlahkan sekitar 2,200 game:

  • Kira-kira 630 game Vita digital-sahaja
  • Kira-kira 730 game PS3 digital-sahaja
  • Sebilangan kecil game PSP digital-sahaja
  • 293 PlayStation Minis
  • 336 PS2 Classics
  • Kira-kira 260 PS1 Classics (khususnya di PSP dan Vita)

Jadi, apa reaksi korang terhadap analisis ini? Adakah ini satu langkah kurang bijak daripada Sony yang akan memberi kesan kepada industri gaming secara amnya? Atau sudah sampai masanya store-store ini menutup tirainya buat selamanya?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Penggambaran Penuh Cabaran Musim Kedua The Witcher Netflix Akhirnya Tamat

Josef Fares Merasakan Kebanyakan Game Single-Player Sekarang Terlalu Panjang