in ,

Kipas PS5 Akan Mendapatkan Kemaskini Software Berterusan Untuk Menambahbaik Prestasi

Kita telah melihat daripada video rasmi bahawa konsol PS5 bersaiz begitu besar, dan komponen terbesarnya ialah kipas. Kipas PS5 ini bukan sahaja hadir sebagai hardware, malah turut dilengkapi dengan software tersendiri.

Perkara ini disahkan oleh Naib Presiden Jabatan Rekaan Mekanikal, Divisyen Rekaan Hardware Sony Interactive Entertainment, Yasuhiro Ootori ketika bercakap kepada 4Gamer.net (via Resetera).

Beliau mendedahkan bahawa kipas PS5 akan mengumpulkan data-data daripada kemaskini-kemaskini game untuk menambahbaik prestasinya secara berterusan dari semasa ke semasa.

Kipas PS5 dikawal oleh APU (Accelerated Processing Unit) dalam sistem PS5, dan ia menggabungkan cip CPU/GPU dari AMD untuk kuasa tambahan. Prestasi yang akan pemain nikmati semasa pelancaran kelak bukanlah satu prestasi yang sudah mencapai maksima, sebaliknya ia akan berevolusi secara berterusan dengan mengumpulkan data daripada game-game yang bertujuan untuk mengoptimakan kipas itu sendiri dan interaksinya dengan PS5 secara keseluruhannya.

PS5 akan dilancarkan pada 12 November di beberapa negara terpilih. Untuk pasaran Malaysia, Sony akan mengumumkan tarikh pelancaran dan harganya apabila mereka sudah bersedia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Trailer Gameplay Pertama FIFA 21 Diperlihat - Memperkenal Agile Dribbling, Creative Runs

Pertama Kali Dalam Francais, Unit Digital FIFA 21 Terjual Lebih Banyak Daripada Unit Fizikal

1 Saat Daripada Setiap Game Yang Mendefinisikan PS4 – Video Ini Akan Buat Kita Tersenyum