in , , , ,

Kini Lebih Ramai Main The Witcher 3 Berbanding Pada Tahun 2015, Terima Kasih Kepada Netflix

Siri adaptasi The Witcher yang diterbitkan Netflix kini baru sahaja masuk musim pertama, tetapi ia sudah menjadi fenomena global.

Kami telah melaporkan sebelum ini bahawa bilangan pemain The Witcher 3: Wild Hunt telah meningkat dengan mendadak setelah adaptasi siri tv The Witcher mula ditayangkan di Netflix. Kini, bilangan itu telah mencapai satu rekod yang cukup mengagumkan.

Bilangan pemain video game The Witcher 3 di Steam telah mencecah rekod paling tinggi sejak game yang dibangunkan CD Projekt Red itu dilancarkan pada tahun 2015. Rekod pemain tertinggi dalam masa 24 jam telah dicapai pada 29 Disember 2020, iaitu seramai 93,835 pemain, yang mana sebelum ini rekod dipegang pada tarikh pelancaran game tersebut pada Mei 2015.

Sekiranya korang tidak pernah bermain The Witcher 3 atau belum lagi menonton The Witcher di Netflix, ini adalah masa yang terbaik untuk menikmati salah satu atau kedua-duanya sekali.

JomBaca: The Witcher Netflix: Gandingan Mantap Geralt Dan Yennefer Yang Mengejutkan

JomBaca: Pengalaman Habiskan The Witcher 3 Dari Kacamata Seorang Yang Tak Suka Main Game RPG

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pengarah Filem Uncharted Bertukar Lagi Kerana Konflik Jadual Dengan Tom Holland

Pemain PS4 Ini Cipta Rekod Dunia Apabila Capai 50 Trofi Platinum Dalam Masa 20 Jam

Pemain PS4 Ini Cipta Rekod Dunia Apabila Capai 50 Trofi Platinum Dalam Masa 20 Jam