Kini membeli game-game digital secara online lebih mudah dan pantas!

Maybank kini telah menambahbaik perkhidmatan mereka untuk memudahkan para gamers membuat sebarang transaksi pembelian game dengan lebih mudah. Kini, melalui Maybank2u, korang boleh membeli tambah nilai (topup) untuk Steam Wallet, MOLPoints dan MyCard.

Kami telah menyemak perkhidmatan terbaru ini, dan nilai yang disediakan untuk pembelian topup Steam Wallet adalah Steam Code 5, 10, 20, 50, 100, 200. Harus diingat, setiap Steam Code yang dibeli, bayaran sebanyak 20 peratus dikenakan. Berikut adalah harga untuk setiap Steam Code:

  • Steam Code 5 – RM6
  • Steam Code 10 – RM12
  • Steam Code 20 – RM24
  • Steam Code 50 – RM60
  • Steam Code 100 – RM120
  • Steam Code 200 – RM240

Kemudian, anda perlu memasukkan nombor telefon, yang mana Steam Code yang telah dibeli akan dihantar kodnya ke telefon bimbit tersebut melalui SMS.

Berikut adalah 10 langkah untuk korang beli Steam Code ini melalui Maybank2u:

  1. Pergi Maybank2u.com.my
  2. Log masuk ke akaun Maybank korang
  3. Klik ‘Buy Online’
  4. Klik ‘Game Credits with PIN’
  5. Pilih sama ada Steam Wallet, MOLPoints atau MyCard
  6. Pilih Steam Code yang ingin dibeli
  7. Masukkan nombor telefon
  8. Minta nombor TAC dan masukkanya
  9. Tunggu SMS untuk Steam Code
  10. Tebus kod itu di Steam

Kini, segala-galanya dah dipermudahkan – selamat mencuba dan jom gaming!

JomKomen!