Sekarang pun tengah ada jualan murah!

Sebelum ini, kami pernah melaporkan yang Maybank2u telah menawarkan servis untuk topup Steam Wallet. Walau bagaimanapun, servis ini kurang mendapat sambutan yang baik kerana Maybank mengenakan caj tambahan sebanyak 20 peratus bagi setiap pembelian.

Terbaru, Maybank telah turut menambah servis untuk topup PlayStation Network (PSN). Penulis sendiri masih belum mencubanya, namun daripada apa yang dipaparkan semasa ingin membeli topup ini serta daripada FAQ ini, servis topup PSN melalui Maybank2u ini kelihatan tidak akan mengenakan sebarang caj tambahan. Bermakna, berapa ringgit yang korang bayar, itulah nilai yang akan masuk ke dalam akaun PSN korang.

Kalau ada daripada korang yang dah cuba servis ini, boleh beritahu kami di ruangan komen, sama ada dikenakan caj tambahan ataupun tidak.

Nilai yang ditawarkan di laman tersebut ialah:

  • PSN RM30
  • PSN RM50
  • PSN RM100
  • PSN RM200
  • PlayStation Plus 3-bulan RM45
  • PlayStation Plus 12-bulan RM129

Bagaimana dan di mana korang boleh dapatkan topup PSN ini melalui Maybank2u? Ini cara-caranya:

  1. Pergi Maybank2u.com.my
  2. Log masuk ke akaun Maybank korang
  3. Klik ‘Buy Online’
  4. Klik ‘Game Credits with PIN’
  5. Pilih ‘PlayStation Network (PSN)’
  6. Pilih nilai yang ingin dibeli
  7. Masukkan nombor telefon
  8. Minta nombor TAC dan masukkanya
  9. Tunggu SMS untuk kod topup
  10. Tebus kod itu di PlayStation Store, sama ada melalui PS4 sendiri atau melalui laman web

Jadi, selepas ini, lebih mudahlah korang nak kempiskan lagi dompet korang itu, kan? Oppss…

Terima kasih NEST Gaming untuk tips ini.

[KEMASKINI]: Sememangnya tiada caj tambahan dikenakan untuk servis ini, disahkan oleh seorang pembaca JomGaming.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.