in

Kingston Perkenalkan USB Flash Drive 2 Terabyte! Terbesar Di Dunia!

Bawak koleksi anime, lagu-laguan dan video korang ke mana sahaja!

Kingston pengeluar produk-produk memori hari ini telah mengumumkan DataTraveler® Ultimate Generation Terabyte (GT), USB flash drive dengan kapasiti simpanan terbesar di dunia! DataTraveler Ultimate GT menawarkan ruang simpanan sehingga 2TB dengan prestasi USB 3.1 Gen 1 (USB 3.0).

Kingston DataTraveler Ultimate GT Spesifikasi:
Kapasiti: 1TB, 2TB
Kelajuan: USB 3.1 Gen. 13
Dimensi: 72mm x 26.94mm x 21mm
Waranti: Waranti 5-tahun dengan tech support percuma
Serasi dengan: Windows® 10, Windows 8.1, Windows 8, Windows 7 (SP1), Mac OS v.10.9.x+, Linux v.2.6.x+, Chrome OSTM

Menurut laporan, korang boleh menyimpan 70 jam video 4K, berita baik bagi Youtuber, penerbit video, streamer yang ingin berkongsi video-video mereka! Terbina di dalam kerangka zinc-alloy, DataTraveler Ultimate GT menampilkan rekaan premium yang tahan lasak.

DataTraveler Ultimate GT akan mula dijual Februari 2017 di dalam kapasiti 1TB dan 2TB. Ianya disertakan dengan waranti 5 tahun dan tech support percuma!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0
Persatuan Bola Sepak England Akan Anjurkan Pertandingan FIFA 17 Di Stadium Wembley, Peluang Terbuka Seluruh Dunia

Persatuan Bola Sepak England Akan Anjurkan Pertandingan FIFA 17 Di Stadium Wembley, Peluang Terbuka Seluruh Dunia

Mass Effect: Andromeda Tidak Akan Keluar Di Nintendo Switch, Kata Wakil Bioware