Ingat lagi HyperX Alloy FPS yang kitorang review arituh? Ini adiknya, Alloy FPS Pro yang lebih kecil tapi lebih berat berbanding abanglongnya Alloy FPS.

Alloy FPS Pro lebih mudah untuk dibawa berbanding dengan abangnya Alloy FPS. Bentuk keyboard ini sangat kecik dan bagi orang-orang yang suka menggunakan Num Pad mungkin tidak sesuai menggunakan Alloy FPS Pro.

Berat Itu Padu!

Alloy FPS Pro ini lebih berat berbanding dengan Alloy FPS dengan rangka besinya yang membuatkan tapaknya tahan daripada pergerakan yang kasar. Berat Alloy FPS Pro adalah Binaannya yang kukuh benar-benar buat kitorang kagum.

Kekunci 100% Anti-Ghosting

Tiada beza daripada Alloy FPS, malah FPS Pro ini juga mempunyai 100% anti-ghosting keys di kesemua butangnya yang dapat melakukan beberapa function apabila menekannya.

Wayar Terbalut Mantap

Alloy FPS Pro juga dibina dengan wayar yang berasingan untuk memberi power kepada keyboard. Wayar ini pula dibalut (braided) dengan balutan yang boleh mengelakkan daripada wire damage seperti Alloy FPS. Tetapi keyboard ini tidak mempunyai cable untuk cas telefon seperti Alloy FPS.

Warna Merah Dinamik Membara

Alloy FPS Pro mempunyai 6 jenis efek dinamik yang berwarna merah. Penulis lebih suka efek dinamik yang dipanggil “Breathing“.

So, Boleh Beli or Boleh Blah!?

+ Body design yang premium dan elegan.
+ 6 pilihan dinamik LED mode.
+ 100% anti-ghost keys.
+ Tiga pilihan key Switch antara Blue(Click),Brown(Tactile) dan Red(Linear).

 Tiada warnaan RGB
Tiada pouch bag untuk dibawa kemana-mana.
 Tiada sistem software untuk membuat paparan warna kreatif.
 Tiada key lebihan WASD dan 1234 seperti Alloy FPS.

Bagi pendapat peribadi, penulis pernah berkata Alloy FPS sesuai untuk gaming sahaja . Tetapi pada Alloy FPS Pro, penulis rasa ia sangat sesuai untuk gaming dan menaip kerana pada saiznya yang agak kompak bagi penulis. Keyboard ini boleh didapati di Lazada pada harga RM620++.

Korang dah try Alloy FPS? Mana lagi berbaloi, Alloy FPS atau FPS Pro?

JomKomen!