HyperX muncul lagi dengan perkakasan gaming terbaru. Keyboard mekanikal khas untuk gamer FPS. Adakah Alloy FPS ini berbaloi untuk dibeli? 

HyperX telah mengeluarkan keyboard yang compact untuk menyenangkan pemain FPS membawanya ke mana-mana sahaja. Keputusan Kingston untuk mengeluarkan produk yang berlainan daripada produk jenama mereka (kad memori, pendrive, etc) adalah satu langkah yang sangat berani.

Adakah kelebihan memiliki mekanikal keyboard buatan Kingston ini dapat memberi kepuasan kepada pemain FPS?

Steel Frame & Pouch 

Keyboard ini mempunyai rangka besi yang membuatkan tapaknya tahan daripada pergerakan yang kasar. Gaya keyboard ini menunjukkan ia adalah satu keyboard yang elegan dan premium. Berat dan binaannya yang kukuh benar-benar buat kitorang kagum.

Selain itu juga, keyboard ini mempunyai wayar yang berasingan untuk memberi power kepada keyboard. Wire ini pula dibalut (braided) dengan balutan yang boleh mengelakkan daripada wire damage.

Tiga Keyboard Switch 

Keyboard ini mempunyai tiga pilihan switch – MX Cherry Brown (Tactile), MX Cherry Red (Linear) dan MX Cherry Blue (Click). Perbezaan antara tiga ini adalah bunyi dan key travel yang berlainan untuk kepuasan individu.

Review unit ini hadir dengan MX Cherry Red (Linear). Sepanjang proses review, kami menggunakan keyboard ini untuk menaip, ternyata editorial JomGaming terbahagi kepada dua – suka ataupun tidak suka. Korang kena cuba sendiri untuk menentukan samada korang suka atau benci akan switch/mechanical keyboard ini

100% Anti-Ghosting

Kebiasaannya, gaming keyboard mempunyai anti-ghosting keys hanya di butang WASD dan Arrow. Keyboard ini pula mempunyai 100% anti-ghosting keys di kesemua butangnya. Ini bermakna, FPS Alloy ini boleh mengaktifkan beberapa function sekaligus apabila menekan kekunci di keyboard ini tanpa halangan.

“Ghosting” adalah fenomena yang berlaku apabila beberapa kekunci keyboard ditekan sekaligus – dan ianya tidak dikesan oleh sistem. Input yang hilang ini dipanggil “ghosting”.

Selain itu, keyboard ini mempunya 8 key gantian dengan kemasan bertekstur besi merah bagi butang WASD dan 1234. Fuh, ganas!

Satu Colour Light Effect (RED)

Keyboard ini mempunyai efek lighting yang boleh ditetapkan apabila menekan butang “Fn+Left Arrow Key atau Right Arrow Key”. Ia juga mempunyai 6 mod LED yang boleh ditetapkan. Penulis lebih gemar menggunakan dimming mode dan typing mode kerana apabila menaip, lampu akan menyala apabila ditekan pada butang yang diinginkan dan akan fade diseluruh permukaan keyboard. Lihat video dibawah.

 

So, Boleh Beli or Boleh Blah!?

+ Body design yang premium dan elegan.
+ 6 pilihan nyalaan LED mode.
+ 100% anti-ghost keys.
+ Tiga pilihan key Switch antara Blue(Click),Brown(Tactile) dan Red(Linear).
+ Mempunyai pouch bag untuk dibawa kemana-mana.

 Tiada variasi warna.
 Tiada spill proof atau kalis air.
 Tiada sistem software untuk membuat paparan warna kreatif.
 Tiada gantian key untuk seluruh keyboard.
 Sedikit mahal. Kalau nak survey harga, boleh tengok di Lazada.

Secara peribadinya, penulis berpendapat keyboard ini sedap dipakai untuk gaming – dah memang itu tujuan ianya dihasilkan HyperX. Tetapi bagi penulis, ianya agak kurang sesuai untuk menaip kerana bunyi yang agak bising. Boleh ganggu pulak konsentrasi ketua editor yang sedang bermeditasi tu.

Korang pulak macamana? HyperX FPS Alloy – menarik? Kureng? Kitorang syorkan korang test dulu jika berkesempatan.

JomKomen!