Kami tak percaya ini semua tidak benar! Kami tak percaya Crowe benar-benar tidak wujud! ARGH!

Square Enix hari ini telah berkongsi screenshots daripada filem Kingsglaive yang bakal ditayangkan nanti!

Nyx Ulric

Nyx adalah salah seorang ahli daripada unit elit King Regis yang dikenali sebagai Kingsglaive. Nyx diselamatkan oleh King Regis semasa dia masih remaja dan disebabkan itu, dia rasa seperti dia terhutang budi dengan King Regis.

Dia dikatakan mempunyai hubungan yang kuat dengan magik kepunyaan kerabat diraja. Dengan magik kepunyaan King Regis, Nyx dan rakan seperjuangnya akan berentap di Insomnia, demi mempertahankan bandar itu daripada dijajah tentera Niflheim!

Kingsglaive-FFXV-010

Kingsglaive-FFXV-014

Kingsglaive-FFXV-023

Kingsglaive-FFXV-027

Kingsglaive-FFXV-026Drautos

Drautos adalah jeneral yang dipertanggungjawab untuk unit Kingsglaive. Walaupun dia seorang yang tegas ke atas dirinya dan orang lain, dia menghargai mereka yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Drautos adalah orang yang bertanggungjawab mengajar Nyx bagaimana untuk berlawan .

Kingsglaive-FFXV-016

Kingsglaive-FFXV-013

Kingsglaive-FFXV-002

Kingsglaive-FFXV-004

Crowe Altius

Crowe Altius adalah ahli perempuan dalam Kingsglaive. Dia mempunyai special ability tersendiri dan boleh menggunakan high level magic. Dia adalah anak jati Lucis dan membesar sebagai seorang anak yatim piatu.

Kingsglaive-FFXV-021

Kingsglaive-FFXV-025

Kingsglaive-FFXV-012

Luche Lazarus

Luche Lazarus berpendapat bahawa dialah ketua pasukan Kingsglaive. Kebijaksaan dan kelincahan Luche berfikir membuatkan ahli-ahli Kingsglaive lain menaruh kepercayaan terhadapnya.

Kingsglaive-FFXV-011

Kingsglaive-FFXV-017

Kingsglaive-FFXV-009

Kingsglaive-FFXV-019

Libertus Ostium

Libertus merupakan ahli yang menceriakan suasana dalam pasukan Kingsglaive. Dia merupakan rakan Nyx sedari kecil dan dikatakan seorang yang beremosi dan degil.

Kingsglaive-FFXV-020

Kingsglaive-FFXV-015

Kingsglaive-FFXV-005

Lunafreya Nox Fleuret

Lunafreya adalah bekas puteri wilayah Tenebrae kesayangan ramai dan merupakan Oracle yang termuda di dalam sejarah. Sebagai seorang Oracle, Lunafreya boleh berkomunikasi secara langsung dengan para dewa dewi. Dia adalah rakan Noctis sedari kecil dan bakal mengahwini Noctis. Bagi Lunafreya, masa-masa yang dikongsi bersama Noctis semasa kecil adalah sesuatu perkara yang penting bagi dirinya. Dia sepatutnya bergerak pergi ke Altissia untuk mengahwini Noctis, tapi terpaksa pergi ke Insomnia untuk membuat perjanjian dengan King Lucis.

Kingsglaive-FFXV-022

Kingsglaive-FFXV-018

Kingsglaive-FFXV-006

 

 

Screenshots ketika di battlefield di Insomnia! 

Kingdom of Lucis adalah dimana terletaknya kristal terakhir di dunia, dan pihak Niflheim mahukannya. Disebabkan ini, satu konflik peperangan telah berlaku.

Namun pada suatu hari, pihak Niflheim setuju untuk menandatangani satu perjanjian damai di antara Niflheim dan Lucis. Perjanjian ini bertempat di Insomnia, ibu negara Lucis. Namun, Nilflheim mengambil kesempatan ini untuk menyerang Lucis, dan di sinilah peperangan untuk menyelamatkan Insomnia, Kingdom of Lucis, King Regis dan Lunafreya berlaku.

Kingsglaive-FFXV-001Kingsglaive-FFXV-003Kingsglaive-FFXV-005Kingsglaive-FFXV-007Kingsglaive-FFXV-024Kingsglaive-FFXV-008
Kingsglaive: Final Fantasy XV bakal release pada 9 Julai 2016 di Jepun. Tiada lagi pengumuman buat tarikh release di tempat-tempat lain.

JomKomen!