in , , ,

Kingdom Hearts 3 dan Final Fantasy 7 Remake Diumumkan Terlalu Awal – Tetsuya Nomura

Umumkan salah, tak umumkan pun salah. Mo Salah dibuatnya. Eh?

Tetsuya Nomura, pengarah Kingdom Heart 3 dan Final Fantasy 7 Remake mengakui bahawa Square Enix telah mengumumkan kedua-dua game tersebut terlalu awal. Bagaimanapun, beliau melihat tindakan ini perlu bagi meredakan pertanyaan peminat serta mengelakkan leak dan khabar angin tersebar.

Bersembang dengan majalah Itali Multiplayer, Nomura-san berkata pasukannya sentiasa sukar menentukan waktu untuk mengumumkan Kingdom Hearts 3 kerana beberapa faktor seperti tekanan daripada peminat yang sentiasa dahagakan info tentang projek-projek mereka, ingin mengelak daripada maklumat ditiriskan serta risiko peminat mereka mempercayai khabar angin palsu.

Perkara sama dihadapi pasukan pembikinan Final Fantasy 7 Remake, ujar Nomura-san di dalam satu artikel bersama Kingdom Hearts Insider. “Ya, kitorang memang telah mengumumkannya terlalu awal, bagaimanapun di dalam industri sendiri, terdapat suara-suara yang mula mengatakan kitorang sedang membangunkan game tersebut. Jadi, kitorang bercadang untuk tidak merahsiakannya lagi dan mengumumkannya terus.”

Nasib baik pembikinan kedua-dua game ini tidak mengecewakan. Kingdom Hearts 3 sudah pun diumumkan tarikh pelancaran pada 29 Januari 2019 manakala Final Fantasy 7 Remake juga menunjukkan tanda-tanda projek ini berjalan lancar.

Nomura turut berkata, di dalam bulan-bulan mendatang, peminat-peminat Kingdom Hearts 3 akan dapat menikmati beberapa kejutan di dalam trailer-trailer yang akan mereka lancarkan. Ramai karakter-karakter lama akan kembali, dan akan dipertontonkan kelak. Beberapa karakter penting yang selama ini dirahsiakan akan membuat peminat gembira.

Betul ke bohong? Sama-sama kita nantikan. Kingdom Hearts 3 akan dilancarkan bagi platform PS4 dan Xbox One.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tiada Mode FIFA World Cup Dalam PES 2018? Patch Kan Ada!

PUBG Kini Separuh Nyawa! Emalahai Dari 3.2 Juta Pemain, Kini Tinggal 1 Juta Aje.