Masih ingat bagaimana suatu ketika dulu kita sukar untuk mempercayai bahawa Death Stranding, pada asalnya adalah esksklusif untuk PS4, akan dilancarkan ke platform PC? Pada ketika itu, seorang Youtuber dari Rusia, Anton Logvinov telah lebih awal mendedahkan perkara ini.
Dan terbaru, beliau datang lagi dengan satu lagi laporan yang pastinya ramai tidak akan percaya. Katanya, Horizon Zero Dawn, game eksklusif PS4 dari Guerrilla Games yang mendapat pujian ramai, pula bakal dilancarkan ke platform PC.
Logvinov jelas mengatakan bahawa game ini akan dikeluarkan ke PC pada Februari 2020, dan pengumumannya akan dibuat dalam masa terdekat.
Apa yang membuatkan laporan ini boleh dikatakan hampir mustahil adalah pembangun Death Stranding, Kojima Productions hanyalah menjalin kerjasama bersama Sony PlayStation. Maka, tidaklah mengejutkan untuk game tersebut dikeluarkan ke PC. Sebaliknya, Guerrilla Games merupakan studio yang dimiliki sepenuhnya oleh Sony Interactive Entertainment.
Satu persamaan antara Death Stranding dan Horizon Zero Dawn yang boleh kita ambil untuk menguatkan ura-ura ini ialah kedua-dua game dibangunkan menggunakan Decima Engine, enjin game kepunyaan Guerrilla Games.
Seperti biasa, selagi tiada pengumuman rasmi, maka anggaplah saja ini sebagai laporan liar.
Terima kasih, Gamesradar.
Comments
Loading…