Assassin’s Creed Odyssey merupakan game paling baru dalam francais ini, yang mana ia telah dilancarkan pada Oktober 2018.

Semestinya, setelah satu game Assassin’s Creed dikeluarkan, khabar angin tentang Assassin’s Creed seterusnya pasti akan bermula. Dan kita sudah ada laporan yang mendedahkan beberapa info, bukan sahaja tentang Assassin’s Creed seterusnya, tetapi turut ada info-info tentang Watch Dogs 3.

Info ini dinaikkan oleh Anonymous di Fireden (via GameRant), dan korang boleh bacanya di bawah:

– Tiada game Assassin’s Creed pada tahun 2019. Ubisoft akan keluarkan Watch Dogs 3 pada tahun ini
– Watch Dogs 3 akan menggunakan latar belakang London
– Fokus kepada senjata api yang lebih kecil serta pisau untuk kombat dengan gameplay yang lebih dalam menggodam
– Karakter baru yang membenarkan pemain memilih sama ada wanita atau lelaki dengan jalan cerita yang sama

– Namakod untuk Assassin’s Creed seterusnya ialah “Legion”, akan dilancarkan pada 2020 di konsol generasi kini dan seterusnya
– Guna latar belakang Rom, Itali pada akhir pemerintahan Marcus Aurelius dan semasa kepayahan yang dilalui oleh anaknya Commodus dan pada tahun 5 Maharaja
– Bermain sebagai Cassius atau Lucia, keturunan dari karakter dalam Origins dan Odyssey
– Seperti juga dalam Odyssey, akan membawakan fungsi pemilihan keputusan dan elemen RPG yang berat serta jalan cerita yang sama
– Map akan fokus di tanah besar Itali serta bahagian kecil Gaul dan Jerman seperti Libya dalam Origins

Seperti biasa, khabar angin tetap adalah khabar angin selagi belum disahkan secara rasmi. Jadi, janganlah terlalu percaya dengan laporan ini.

JomKomen!