FIFA Street kembali?
FIFA 19 akan dilancarkan kurang daripada dua bulan sahaja lagi. Dan satu khabar angin yang sangat menarik telah muncul merancakkan lagi kehangatan game bola sepak akan datang daripada EA Sports ini.
Akaun Twitter FIFA Trade Brasil telah memuatnaik satu gambar yang dikatakan gambar tertiris daripada FIFA 19. Gambar ini memaparkan mode terbaru yang akan dimasukkan ke dalam game ini iaitu mode 5v5 yang kelihatan seperti FIFA Street.
Survival Mode sebelum ini telahpun disahkan akan dibawakan (via SportsBible), yang mana ia adalah sama seperti mode 5v5 yang pernah ada dalam FIFA Street suatu ketika dulu. Apa yang lebih menarik ialah dalam screenshot di atas, ia turut menunjukkan “Last Player Standing”.
Kalau dalam FIFA Street, mode Last Player Standing ini sangat mudah. Setiap gol yang dijaringkan, seorang pemain pihak lawan perlu keluar daripada gelanggang. Pasukan mana yang kehilangan kesemua pemain terlebih dulu akan dikira kalah. Ya, sangat sesuai diperkenalkan semula dalam suasana demam battle royale masakini.
Apa-apa pun ia masih tiada kata-kata rasmi daripada EA Sports, dan laporan ini masih boleh dikirakan sebagai khabar angin sahaja. Jadi, janganlah terlalu berharap.
Versi demo FIFA 19 akan dikeluarkan pada 11 September ini, dan game penuhnya akan dilancarkan pada 28 September nanti untuk PC, PS4 dan Xbox One.
JomBaca: Gameplay 10 Minit Europa League Dalam FIFA 19 Telah Tertiris, Saksikan Sebelum Ia Dipadamkan
Comments
Loading…