in , ,

KFC Umumkan Konsol Gaming – 4K, 240FPS Dan Ruang Pemanas Ayam (Betul-Betul, Bukan Cobaan)

Korang mungkin terpaksa membaca tajuk di atas sebanyak dua kali sambil menggosok mata. Tapi percayalah, ini betul-betul, bukan cobaan.

Dalam satu pengumuman yang cukup aneh, francais makanan segera, KFC telah mendedahkan konsol gaming mereka sendiri — digelar KFConsole.

Dibangunkan oleh Cooler Master, antara fungsi dan spesifikasi yang menjadi perhatian utama KFConsole ialah mampu menampilkan paparan resolusi 4K, 240FPS, tersedia untuk pengalaman VR serta menggunakan Intel NUC 9, GPU NVIDIA, dan 1TB Seagate Barracuda 1TB SSD.

Dan tentunya, apabila sebuah jenama ayam goreng mengeluarkan konsol gaming, mesin ini turut didatangkan bersama ruang khas untuk memanaskan ayam terbina agar ayam itu (yang sudah dimasak) sentiasa hangat untuk diratah pada-pada bila masa ketika gaming.

Selain butiran-butiran awal ini, tiada info lanjut tentang KFConsole ini seperti bilakah tarikh pelancaran, berapakah harga pasaran atau apakah sistem operasi yang digunakan.

PS5 dan Xbox Series ada ruang pemanas ayam tak? Takda kan?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Untuk Ambil Game Percuma Di Epic Games Store Kini Memerlukan Pengesahan Dwi-Factor

Semua 15 Game Percuma Epic Games Store Sepanjang Disember 2020 Tertiris, Ini Senarainya!

CDPR Kata Cyberpunk 2077 Dah Terjual Sebanyak 13 Juta Unit Walaupun Dilanda Kontroversi