Bisnes video game Microsoft sedang meningkat naik.
Microsoft telah melaporkan keuntungan yang diperolehinya untuk suku keempat fiskal dan satu tahun penuh yang berakhir pada 30 Jun.
Untuk suku keempat, keuntungan Microsoft dalam industri video game dianggarkan berjumlah $2.28 billion. Sementara untuk keuntungan penuh satu tahun Microsoft adalah berjumlah $10.35 billion. Ini menunjukkan berlaku peningkatan jika dibandingkan keuntungan suku tahun lepas iaitu berjumlah $1.64 billion dan $9.05 billion bagi keuntungan fiskal pada tahun lepas.
Jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat yang lain, menurut GI.biz, keuntungan tahunan penuh bagi Sony adalah $17.29 billion, manakala keuntungan fiskal Nintendo pula pada tahun lepas adalah berjumlah $9.7 billion.
Microsoft juga menekankan bahawa keuntungan dari perkhidmatan dan perisian Xbox telah menaikkan keuntungan mereka sebanyak 36 peratus berbanding tahun lepas. Ini dibantu juga oleh “kekuatan tajuk-tajuk video game pihak ketiga” daripada hanya mengharapkan kepada video games milik Microsoft sendiri.
Jumlah pengguna Xbox Live yang aktif semasa suku tahun adalah seramai 57 juta, yang mana meningkat dari 53 juta dalam tahun yang sama pada tahun lepas. Walau bagaimanapun, jumlah pengguna yang aktif telah menurun dibandingkan kepada suku tahun lepas (59 juta).
Peningkatan dalam bahagian Microsoft Xbox telah membantu syarikat itu secara keseluruhannya untuk mengeluarkan laporan keuntungan yang diperolehi dari tahun ke tahun dan pendapatan operasi. Untuk suku tahun, Microsoft secara keseluruhannya telah memperoleh keuntungan sebanyak $30.1 billion (meningkat sebanyak 17 peratus) dengan pendapatan operasi yang meningkat sebanyak 35 peratus dengan $10.4 billion.
Pada persidangan E3 pada tahun ini, Microsoft telah mengumumkan yang syarikat itu sedang menghasilkan sesuatu yang baru untuk konsol Xbox untuk mengikuti Xbox One. Pada awal minggu ini, laman web Microsoft telah dikemaskini dengan memasukkan bahasa yang mana mencadangkan bahawa Microsoft mungkin akan mendedahkan “all-new hardware” di Gamescom pada bulan Ogos nanti.
Comments
Loading…