in , , ,

Ketua Xbox Phil Spencer Menjanjikan Pengumuman Terbesar Di E3 2019 Tanpa Kehadiran Sony

Livestream Inside Xbox pada minggu ini telah mengumumkan Xbox One S All-Digital Edition, perkhidmatan langganan Xbox Game Pass Ultimate dan pengumuman besar yang akan dibuat di E3 2019.

Dalam perbualan dengan Major Nelson, ketua Xbox Phil Spencer hadir ke rancangan itu untuk bercakap mengenai pelan-pelan beliau untuk E3 2019. Tanpa kehadiran dari pihak Sony, Microsoft mempunyai beberapa pengumuman penting yang akan dibuat di E3 2019.

https://twitter.com/Xbox/status/1118273905410502657

Phil Spencer berkata E3 tahun ini akan menjadi menarik kerana Microsoft adalah satu-satunya pemegang platform yang akan berada di atas pentas. Beliau merasakan ini adalah satu tanggungjawab yang penting baginya untuk Microsoft mewakili komuniti gaming dan industri secara keseluruhannya.

Selain menyebut tentang kemunculan The Outer World oleh Obsidian, Spencer tidak memberitahu dengan lebih mendalam mengenai apa yang akan diumumkan lagi oleh Xbox semasa berada di E3 2019 nanti. Tapi beliau menjanijikan syarikat-syarikat pembangun Ninja Theory, Playground Games dan banyak lagi akan muncul untuk mendedahkan projek-projek terbaru mereka.

Dengan Sony secara tiba-tiba mendedahkan spesifikasi konsol PS5 yang akhirnya telah disahkan berada dalam pembangunan pada awal minggu ini. Adakah Microsoft akan mendedahkan juga informasi mengenai Xbox Project Scarlett di E3 tahun ini? Hanya mereka yang akan tentukan.

Sumber: Gamesradar

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Amy Hennig Terkejut EA Tiba-Tiba Bertukar Angin Ke Game Single-Player Melalui Star Wars: Jedi Fallen Order

Ubisoft Berikan Assassin’s Creed Unity Percuma Selama Seminggu Selepas Kebakaran Katedral Notre Dame