in , , , , ,

Ketua Xbox Mahukan Cross-Play PS4-Xbox One, Epic Games Pun Sokong

Please, Sony?

Beberapa hari yang lepas, kita mengetahui bahawa Fortnite: Battle Royale akan datang bakal menyokong cross-play. Edisi PS4 akan menyokong ciri tersebut dengan PC dan juga platform edisi mobile. Sementara versi Xbox juga akan membenarkan korang bermain dengan pemain di PC dan mobile.

Walau bagaimanapun, masih tidak ada penyokongan cross-play antara PS4 dan Xbox One. Semua orang mahukannya menjadi kenyataan. Untuk menggalakkan pembangunan fungsi itu, Ketua Xbox, Phil Spencer dan pembangun Epic Games telah berkata mereka mungkin mahu melihat fungsi cross-play ditambah ke dalam kedua-dua konsol pesaing tersebut.

Kemahuan itu boleh dilihat dalam Twitter apabila seseorang bertanyakan kepada Phil Spencer tentang perkara tersebut dengan berkata mereka memang mahu melihat fungsi itu ditambah. Spencer membalas dengan jawapan “Me 2.” Epic juga menyatakan sokongannya dengan memberikan jawapan “We 3!”

Dari sudut pandangan teknikal, keupayaan untuk pemilik PS4 dan Xbox One untuk bermain online bersama-sama dalam game seperti Rocket League adalah lebih dari sekadar mungkin.

Tapi malangnya, Sony tidak membenarkan perkara itu berlaku. Pada bulan September 2017, Epic membenarkan cross-platform antara kedua-dua konsol itu untuk Fortnite: Save The World, malangnya ia dipadamkan dengan pantas.

Microsoft terkenal dengan sifat keterbukaannya terhadap sokongan cross-play dalam beberapa tahun ini. Rocket League ditetapkan akan menghasilkan antara Xbox One, Switch dan PC. Sementara pembangun Minecraft juga membuka cross-play antara Xbox One dan PS4. Dari pandangan pihak Sony, mereka masih tidak membenarkan cross-play berlaku.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dr. Ian Malcolm Akan Sentiasa Bersama Anda Dalam Jurassic World Evolution

10 Fakta Dan Info Menarik Mengenai Twitch Bagi Tahun 2016

Twitch Prime Umum Servis Game Bulanan Percuma, Seumpama PS Plus, Xbox Live Gold