Malam tadi, Sony telah mengadakan sidang media di salah satu acara tahunan terbesar dalam industri gaming, iaitu Paris Games Week. Jom kita tengok setiap trailer dan info yang telah didedahkan oleh mereka.

The Last of Us Part II

Seperti biasa, Sony menggunakan slot terakhir dalam pembentangan mereka untuk memperlihatkan trailer yang paling ditunggu-tunggu. Semua yang menontonnya pasti tidak akan menyangkan bahawa video yang sedang mereka saksikan itu adalah sedutan daripada The Last of Us Part II.

Dengan tidak memaparkan Ellie, Joel atau mana-mana watak yang kita kenali dalam game pertamanya, kita dikejutkan dengan sebuah aksi yang penuh debaran dan mengerikan. Lebih mengejutkan apabila video diakhiri dengan kedatangan zombi dan tajuk “The Last of Us Part II”.

Sony turut mengeluarkan satu lagi video, membawakan sedikit penjelasan daripada Pengarah Kreatif Naughty Dog, Neil Druckmann tentang enjin yang sedang mereka gunakan untuk game ini.

God of War

Kita telah disajikan dengan 2 minit aksi gameplay God of War yang terbaru. Ia sememangnya memfokuskan kepada combat gameplay yang boleh dilakukan oleh Kratos seperti membaling dan menyambut semula kapaknya.

Sony masih lagi berteka-teki dengan kita tentang tarikh pelancaran game ini. Kita hanya boleh menunggu buat masa ini.

Tennis World Tour

Sebuah game tennis terbaru telah diumumkan dan disediakan sekali dengan trailernya. Tennis World Tour masih belum mempunyai tarikh tepat pelancaran, tetapi ia dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2018.

Star Wars Battlefront II

Di pentas Sony di Paris Games Week, EA dan DICE telah mengeluarkan trailer pelancaran untuk Star Wars Battlefront II. Ia mungkin agak awal memandangkan game ini hanya akan dilancarkan sepenuhnya pada 17 November nanti, tetapi korang layan je lah dulu.

Spelunky 2

Sekuel untuk siri ini, Spelunky 2 telah diumumkan oleh Sony pada malam tadi. Kata penciptanya, game ini telah dibangunkan selama beberapa tahun dan mereka tidak sabar untuk memperlihatkannya kepada para pemain. Walau bagaimanapun, tarikh pelancaran masih belum diumumkan, tetapi ia telah disahkan bahawa Spelunky 2 akan dikeluarkan di PS4 terlebih dahulu sebelum di konsol-konsol lain.

Far Cry 5

Satu lagi gameplay Far Cry 5 telah dikeluarkan, yang mana kali ini lebih memfokuskan kepada gameplay co-op. Ia telah disahkan bahawa campaign untuk game ini boleh dimainkan secara online co-op dari mula sampailah penghabisan.

Far Cry 5 akan dilancarkan pada 27 Februari 2018 di PC, PS4 dan Xbox One.

Call of Duty: WWII

Setelah mengumumkan pada awal bulan ini bahawa map klasik, Carentan akan dibawakan ke dalam Call of Duty: WWII, Activision dan Sledgehammer telah memperlihatkan map ini dalam trailer terbaru. Seperti biasa, trailer yang dipaparkan menyajikan aksi yang penuh drama dan letupan sana-sini.

Call of Duty: WWII akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 3 November ini.

Ghost of Tsushima

Antara IP baru yang diumumkan pada malam tadi adalah Ghost of Tsushima, sebuah game open-world menggunakan latar belakang Samurai yang dibangunkan oleh pembangun yang membawakan kepada kita siri Infamous, Sucker Punch.

Saksikan juga temu ramah bersama Sucker Punch, bercakap tentang game terbaru mereka ini dalam video di bawah.

Monster Hunter World

Dalam trailer terbaru Monster Hunter World, ia telah mendedahkan satu crossover karakter dengan Horizon Zero Dawn. Bermakna korang boleh mainkan Aloy dalam Monster Hunter World nanti. Ia bukan sahaja sebagai karakter yang bersifat kosmetik. Alatan-alatan yang Aloy miliki dalam Horizon Zero Dawn seperti busur dan anak panahnya akan juga boleh dimainkan dalam Monster Hunter World.

Selain itu, ia turut mengumumkan bahawa sesi beta untuk game ini akan diadakan eksklusif untuk pemain PS4, khususnya pelanggan PS Plus, dari 9 hingga 12 Disember ini.

Monster Hunter World akan dilancarkan sepenuhnya pada 26 Januari 2018 di PC, PS4 dan Xbox One.

Horizon Zero Dawn

Alang-alang bercakap tentang Aloy, tak sahlah kalau tiada trailer terbaru untuk DLC akan datang dalam Horizon Zero Dawn. Satu lagi trailer bersalji, penuh aksi dan robot-robot gergasi dikeluarkan oleh Sony.

DLC The Frozen Wilds akan dikeluarkan pada 7 Disember ini.

Spider-Man

Sony pastinya tidak mahu ketinggalan dalam memperlihatkan satu lagi game eksklusif besar akan datang mereka. Selepas menunjukkan banyak aksi gameplay pada E3 lalu, kali ini mereka hanya fokus kepada sedikit sedutan sinematik dalam Spider-Man. Buat pertama kalinya, kita dapat melihat wajah Peter Parker di sebalik topeng labah-labahnya itu.

Sony hanya meletakkan tarikh pelancaran Spider-Man pada tahun 2018.

Shadow of the Colossus

Dalam trailer terbaru Shadow of the Colossus yang diperlihatkan pada malam tadi, Sony telah mengumumkan tarikh pelancaran game ini. Ia akan dilancarkan pada 6 Februari 2018.

Onrush

Pembangun yang membawakan kepada kita DriveClub, Codemasters telah mendedahkan projek terbaru mereka, iaitu Onrush. Ia merupakan sebuah game racing arcade yang menggila, membawa pelbagai jenis kenderaan laju yang boleh menaiki serta menurut pelbagai platform dan jalan.

Destiny 2

Bungie telah memperkenalkan DLC akan datang dalam Destiny 2, Curse of Osiris dalam trailer terbaru ini. Korang boleh baca lebih lanjut tentang DLC ini di sini.

Korang boleh saksikan baki kesemua trailer yang dikeluarkan di pentas Sony semasa sidang media Paris Games Week malam tadi di bawah.

Ace Combat 7 Skies Unknown

https://www.youtube.com/watch?v=VW59fI8_Ad0

Detroit: Become Human

FINAL FANTASY XV: EPISODE IGNIS

Resident Evil 7 biohazard

The Sims 4

Megalith VR

Oure

Blood & Truth

Eden Tomorrow

Rec Room

Apex Construct

League of War VR Arena

Invector

Erica

Concrete Genie

Ultrawings

The Hong Kong Massacre

Stifled

Dead Hungry

Star Child

Guacamelee! 2

LocoRoco 2

The Gardens Between

Bow to Blood

https://www.youtube.com/watch?v=YQrUOarCGls

JomKomen!