in , , , , , ,

Kerjasama Selama 10 Tahun Antara Konami Dan UEFA Akan Tamat Pada Bulan Hadapan

Setelah sekian lama menjalin cinta, akhirnya kisah mereka terputus jua.

Salah satu perkara yang membuatkan Pro Evolution Soccer (PES) mampu bersaing rapat dengan siri FIFA oleh EA Sports adalah disebabkan kerjasamanya bersama UEFA, sebuah badan tertinggi bola sepak Eropah. Tahun 2008, Konami dan UEFA telah menandatangi perjanjian selama 10 tahun, dan ia akan berakhir pada bulan hadapan.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, UEFA mendedahkan yang perjanjian ini akan tamat semasa perlawanan final Champions League yang akan berlangsung di Kyiv, Ukraine pada Mei ini.

Mode pertandingan UEFA Champions League telah menjadi  tarikan utama dalam siri PES pada setiap tahun sejak sedekad yang lalu. Mode pertandingan UEFA Euro pada tahun 2016 lalu turut menambah warna-warni ke dalam siri video bola sepak popular ini.

Selepas ketiadaan kerjasama ini, apa pula yang akan diketengahkan oleh Konami dalam siri ini pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang? Pasti menarik untuk disaksikan.

Melalui kenyataan media itu juga, tiada sebarang kata dari UEFA untuk menyambung kerjasama antara Konami ini. Mungkinkah mereka sudah merancang untuk menjalin hubungan dengan EA Sports pula? Para pemain FIFA akhirnya akan merasa untuk bermain UEFA Champions League secara rasmi?

Pentas video game bola sepak tahun ini pasti akan membawakan lebih banyak drama!

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

3 Laptop Acer Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Dilancarkan!

Battlefield V: DICE Dilaporkan Sedang Memprototaip Mode Battle Royale