Beberapa bulan lalu, terdapat satu laporan muncul yang mengatakan Hideo Kojima sedang berbincang bersama Microsoft untuk menerbitkan game seterusnya untuk Xbox.
Terkini, khabar angin itu nampaknya telah berganjak ke satu tahap baharu. Kerjasama tersebut kini dilaporkan pula sudah semakin hampir untuk ditandatangani.
Laporan ini hadir dari Jeff Grubb (via GamingBolt) — yang pertama kali menyebutkannya beberapa bulan lalu. Kini beliau mengatakan bahawa perjanjian tersebut semakin hampir untuk dimuktamadkan, dan berada di satu tahap di mana ia mungkin tidak akan gagal. Buat masa ini, menurut Grubb, mereka sedang memperhalusi beberapa butiran untuk ditandatangani.
Grubb turut mendedahkan langkah Xbox baru-baru ini yang merekrut Kim Swift, bekas pembangun Portal dan Left 4 Dead, sebagai pengarah kanan dalam pasukan Xbox Cloud Gaming secara spesifiknya untuk membantu Kojima dalam game seterusnya.
Walaupun Microsoft dan Kojima masih belum mengumumkan apa-apa secara rasmi, kita boleh katakan Grubb sering melaporkan berita-berita awal yang akhirnya disahkan tepat.
Comments
Loading…