in , , ,

Kerjasama EA Dan LaLiga Dalam Game FIFA Dilanjutkan Lagi 10 Tahun

Peminat LaLiga dan pemain tegar siri game FIFA? Ada berita gembira untuk korang.

EA telah melanjutkan lagi selama 10 tahun perjanjian kerjasama dengan divisyen bola sepak tertinggi Sepangol, iaitu LaLiga. Bermakna, game-game FIFA dalam masa sedekad akan datang akan dipenuhi dengan kandungan-kandungan rasmi jenama LaLiga — satu liga yang didominasi oleh kelab Barcelona dan Real Madrid.

Menurut Eurogamer, antara kandungan yang akan ditampilkan nanti ialah kehadiran pemain-pemain LaLiga dalam FIFA Ultimate Team, seperti Team of the Week (TOTW), Player of the Month (POTM) dan Team of the Year (TOTY).

Di samping pengumuman lanjutan kerjasama ini, EA turut mendedahkan yang FIFA 20 merupakan game yang paling banyak dimainkan sepanjang sejarah francais itu. Pemain unik juga meningkat sebanyak 10 peratus pada setiap tahun.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
CD Projekt Red, Netflix Umum Kerjasama Bikin Anime Dalam Dunia Cyberpunk 2077

CD Projekt Red, Netflix, Studio Trigger Umum Kerjasama Bikin Anime Dalam Dunia Cyberpunk 2077

Twitch Haramkan Dr Disrespect Daripada Platform Streaming Itu, Dilaporkan Pengharaman Kekal

Twitch Haramkan Dr Disrespect Daripada Platform Streaming Itu, Dilaporkan Pengharaman Kekal