Pokemon trainers (pelatih) naik Pokemon train (keretapi) sambil train (latih) Pokemon! Ini adalah benda paling meta dalam dunia gaming!
Dengan pelancaran game Pokemon ke-10 yang terbaru bagi Nintendo Switch: Pokemon Let’s go! Pikachu & Eevee, keretapi di Tokyo mengalami evolusi!
Korang boleh menaiki keretapi yang dihiasi dengan karakter-karakter Pokemon kegemaran korang dari 19 ke 30 Ogos ini di Tokyo. Keretapi-keretapi yang mengalami evolusi comel ini pula adalah pada keretapi Tokyo Metro di laluan Ginza dan Marunochi!
Jom kita tengok apa yang best dalam keretapi-keretapi istimewa ini!
Untung-untung, boleh tangkap Pokemon dalam Pokemon GO macam mamat ni!
— Andrew Goldfarb (@garfep) August 26, 2018
Bila lah Malaysia nak ada keretapi, LRT, ERL, ETS, Komuter bertemakan Pokemon gini? Aih, jelesnya!
Comments
Loading…