in

Kerajaan Sepanyol Memotong Dana Sebanyak RM9.6 Juta Untuk Pembangun-Pembangun Game Indie

Pemberian pinjaman sebanyak €2 juta (RM9.6 juta) untuk membiayai pembangun-pembangun game indie di Sepanyol kini telah tenggelam ke dasar lautan.

Menurut laporan dari El Español (diterjemah oleh Polygon), menteri tenaga, pelancongan dan agenda digital Sepanyol, Alvaro Nadal telah membatalkan pemberian tersebut tanpa sebab yang spesifik. Keputusan itu hadir dalam masa seminggu sebelum pembentangan oleh DEV, sebuah persatuan video game Sepanyol.

Alvaro Nadal, menteri tenaga, pelancongan dan agenda digital Sepanyol

Dibiayai oleh European Union, pemberian tersebut akan memberikan sebanyak kira-kira €50,000 ke €150,000 kepada 20 buah syarikat pembangun, dengan fokus tertentu terhadap studio-studio kecil sebanyak lima atau ahli yang lebih kurang yang sedang menghasilkan game pertama mereka.

Sementara Sepanyol bukanlah pasaran video game terbesar di dunia, seperti yang dilaporkan oleh NewZoo, negaranya memainkan peranan yang besar sebagai pasaran keempat terbesar dalam EU dan di tangga kesembilan terbesar di dunia.

Game yang pernah dihasilkan yang datang dari studio tempatan negara itu adalah seperti Rime dan The Sexy Brutale oleh Tequila Works pada tahun lepas dan pendatang baru, Fourattic yang sekarang sedang menghasilkan game pengembaraan kartun Crossing Souls serta Nihilumbra yang dihasilkan oleh BeautiFun Games pada tahun 2013.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Paladins Memperkenalkan Mode Baru Seperti PUBG Yang Dipanggil “Battlegrounds”

Saksikan Elder Dragons Tunjukkan Taring Dalam Trailer Terbaru Monster Hunter: World, Tarikh Final Beta Diumumkan