Dalam pembentangan Belanjawan 2019 untuk Negeri Selangor yang diadakan pada Jumaat lalu, Menteri Besar, Amirudin Shari telah mengumumkan RM2.56 billion perbelanjaan untuk negeri tersebut.

RM400,000 daripadanya akan diperuntukkan untuk pendanaan pembangunan dan organisasi esports di Selangor. Kata Amirudin lagi, kerajaan Selangor kini sedang merancang untuk mendapatkan dana sebanyak RM1 juta daripada Kerajaan Persekutuan dengan objektif untuk menaikkan lagi pembangunan esports di peringkat negeri.

Buat masa ini, beliau tidak berkongsikan lebih lanjut bagaimana dana tersebut akan diagihkan, walau bagaimanapun, kami menjangkakan yang RM400,000 ini akan menjadi hadiah wang terkumpul yang akan ditawarkan dalam Selangor Cyber Games 2019. Dalam SCG 2018 yang berlangsung bulan lalu, hadiah terkumpul yang diperuntukkan ialah sebanyak RM250,000, mengumpulkan 1100 peserta esports yang bukan sahaja datang dari seluruh negara, malah penyertaan dari beberapa negara jiran.

Pengumuman ini selari dengan pengumuman Kerajaan Persekutuan sebelum ini yang menjanjikan RM10 juta untuk pembangunan esports.

Sumber: Lowyat.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.