Menu
in ,

Kerajaan Selangor Memperuntukkan RM3 Juta Untuk Esports Dalam Belanjawan 2021

Dari Terengganu Ke Selangor Cyber Games 2018, 2 Pemain PES Terengganu Cemerlang, Bawa Pulang RM6,000

Semalam, Menteri Besar, Amirudin Shari telah membentangkan Belanjawan 2021 bagi kerajaan Selangor. Keseluruhannya, sebanyak RM2.32 bilion diperuntukkan dalam belanjawan kali ini.

Daripada jumlah tersebut, RM369 juta diagihkan ke dalam agenda digitalisasi. Amirudin berkata jumlah itu adalah untuk program baharu seperti Selangor Innovation Fund untuk membantu pengusaha start-up, Smartbox Pejabat Tanah Galian (PTG) untuk memudahkan urusan tanah dan Rakan Digital selangor untuk pendidikan awam, selain penerusan program sebelum ini seperti e-dapur dan esports.

Secara spesifiknya, kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk meneruskan perkembangan bidang esports di negeri Merah Kuning ini, sebagai salah satu agenda digital.

Inisiatif yang menyasarkan golongan belia di Selangor ini, akan turut menyediakan beberapa penganjuran acara kejohanan amatur, memberi latihan, serta membimbing belia dalam memasuki arena esports.

Seperti tahun-tahun sudah, kami menjangkakan kejohanan Selangor Cyber Games akan menjadi acara utama yang akan membelanjakan peruntukan RM3 juta tersebut.

Terima kasih Malaysiakini, Amanz.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version