Semalam, Menteri Besar, Amirudin Shari telah membentangkan Belanjawan 2021 bagi kerajaan Selangor. Keseluruhannya, sebanyak RM2.32 bilion diperuntukkan dalam belanjawan kali ini.
Daripada jumlah tersebut, RM369 juta diagihkan ke dalam agenda digitalisasi. Amirudin berkata jumlah itu adalah untuk program baharu seperti Selangor Innovation Fund untuk membantu pengusaha start-up, Smartbox Pejabat Tanah Galian (PTG) untuk memudahkan urusan tanah dan Rakan Digital selangor untuk pendidikan awam, selain penerusan program sebelum ini seperti e-dapur dan esports.
Secara spesifiknya, kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk meneruskan perkembangan bidang esports di negeri Merah Kuning ini, sebagai salah satu agenda digital.
Inisiatif yang menyasarkan golongan belia di Selangor ini, akan turut menyediakan beberapa penganjuran acara kejohanan amatur, memberi latihan, serta membimbing belia dalam memasuki arena esports.
Seperti tahun-tahun sudah, kami menjangkakan kejohanan Selangor Cyber Games akan menjadi acara utama yang akan membelanjakan peruntukan RM3 juta tersebut.
Terima kasih Malaysiakini, Amanz.
Comments
Loading…