in , , ,

Kerajaan Perak Mahu Ketengahkan Potensi Esports, Rancang Kejohanan Esports Di Ipoh

Setiap negara harus sama-sama bangkit dalam arena esports.

Kita kini mempunyai beberapa kerajaan negeri yang menyokong industri esports tanah air secara langsung. Selangor Cyber Games dan Terengganu Esports Games adalah antara contoh terbaik di mana sebuah kejohanan bersifat kebangsaan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

Kini, satu lagi kerajaan negeri nampaknya bakal masuk ke gelanggang esports dan memperkenalkan cara mereka sendiri untuk sama-sama memajukan industri ini. Kerajaan Negeri Perak ingin mengembangkan potensi esports yang berupaya menjadi platform membentuk jaringan dalam industri yang sangat menguntungkan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembagunan Belia dan Sukan Kerajaan Negeri, Howard Lee Chuan How berkata kerajaan negeri juga merancang dalam masa terdekat bagi menganjurkan kejohanan esports di bandaraya Ipoh kelak.

“Kerajaan negeri bercadang untuk menganjurkan persidangan pertama seumpamanya di negeri ini berkaitan esports.”

“Persidangan ini bakal mengumpulkan komuniti terutamanya penggiat di belakang tabir sukan seperti penganjur acara, juruhebah, pengaturcara (programmer), jurulatih, kru dan agen,” katanya seperti yang dilaporkan Perak Today.

Beliau berkata demikian pada sesi pergulungan persidangan pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

“Menerusi portfolio saya kini dalam peringkat terakhir bagi mewujudkan satu majlis Perundingan sukan esports untuk menarik para pemain sukan ini termasuk juga syarikat yang berminat di sebalik tabir dapat berkongsi pendapat serta nasihat untuk penganjuran sukan eletronik ini,” ujarnya.

Katanya lagi, cadangan tersebut akan memperkukuhkan lagi kedudukan Perak sebagai hab esports di Malaysia.

“Dalam kita membahaskan tentang perkembangan sukan konvensional, kita
tidak sepatutnya mengabaikan sukan elektronik yang semakin mendapat sambutan di peringkat global khususnya golongan belia.”

“Perkembangan pesat esports banyak didorong oleh minat yang mendalam melibatkan kalangan anak-anak muda, perkembangan internet dan teknologi serta pelaburan syarikat-syarikat permainan video yang telah membelanjakan jumlah peruntukkan yang besar menaja pelbagai kejohanan esports ,” katanya.

Katanya lagi Kerajaan negeri komited untuk mengembangkan potensi sukan maya dengan kerjasama semua pihak.

Beliau turut menyentuh tentang Sukan Asia 2018 di Indonesia yang buat pertama kalinya akan menjadikan esports sebagai sukan demonstrasi malah dijangka pada Sukan Asia 2022 di China, esports bakal menjadi sukan yang menawarkan pingat kepada para peserta.

Dalam pertandingan demonstrasi di temasya sukan terbesar benua itu, daripada 6 game yang dipertandingkan, hanya satu game sahaja yang perwakilan Malaysia layak ke peringkat akhir, iaitu dalam game Pro Evolution Soccer.

Apa komen orang-orang Perak? Kejor Yob Kejor!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kerajaan Kini Mengkaji Untuk Menyekat Remaja Bawah 17 Tahun Akses Internet Selepas 12 Malam

Bosan Dengan Pembangun Lain Yang Bawakan Battle Royale Punca Bethesda Tak Berminat Dengan Genre Ini