Tak elok tidur lambat.

Kata ramai gamers, selepas pukul 12 malam, itulah masa terbaik untuk bermain game online, tidak kisahlah apa genre sekalipun. Suasana yang tenang, yang lain semua dah tidur, boleh bermain video game online dengan penuh fokus.

Tapi, itu semua mungkin boleh berubah kepada gamers yang berumur 17 tahun ke bawah. Kerajaan sedang mengkaji langkah untuk menghadkan akses internet kepada remaja bawah 17 tahun selepas 12 tengah malam hingga 6 pagi, seperti yang dilaksanakan di Jepun dan Korea.

Kajian itu antara usaha menangani masalah ketagihan video game dan aplikasi media sosial dalam kalangan remaja di negara ini, ujar Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

“Terdapat juga video game provider (penyedia) yang menyekat (remaja) bawah 17 tahun untuk berada (bermain), selama satu hingga dua jam dan selepas itu mereka di’offline’kan. Ini antara langkah yang boleh diambil dan kita kaji untuk memastikan ia dikawal,” kata Dr Lee dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni mengenai langkah yang dilaksanakan kerajaan untuk membendung ketagihan video game yang menyebabkan masyarakat menjauhi aktiviti harian.

Menjawab soalan asal Lukanisman sama ada ketagihan video game dan aplikasi media sosial dikategorikan sebagai masalah mental, Dr Lee berkata kedua-dua tingkah laku itu tidak menyebabkan gangguan mental tetapi ia boleh memberi kesan negatif terhadap seseorang individu.

“Ketagihan tersebut akan menyebabkan seseorang individu merasa terlalu ingin melakukannya sehingga menjadi tabiat yang akan memberi kesan yang menjejaskan aktiviti penting seperti pendidikan dan kerjaya,” katanya.

Beliau berkata Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2017 yang dilaksanakan dalam kalangan remaja 13 hingga 17 tahun menunjukkan ketagihan internet berada pada 34.9 peratus.

Tinjauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenai corak penggunaan internet pada 2017 pula menunjukkan terdapat 24.1 juta pengguna internet di negara ini iaitu 80 peratus daripadanya mengakses media sosial dengan purata tempoh penggunaan lebih empat jam sehari.

Pada pandangan kami, sekiranya had ini dilaksanakan, ia adalah sesuatu yang perlu disambut baik. Kualiti tidur dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi itu adalah sangat penting, terutamanya bagi golongan remaja.

Kepada adik-adik, janganlah risau. Hanya 6 jam sahaja adik-adik tak dapat main game online, dan ada 18 jam lagi dalam sehari untuk adik-adik main game online dan training game-game esports.

JomBaca: Ibu Bapa Akan Boleh Kawal Tempoh Gaming Anak-Anak Setiap Hari Di PS4

JomKomen!