in

Kerajaan Arab Saudi Labur Lebih RM12b Dalam EA, Activision Blizzard, Take-Two

Dana kewangan milik kerajaan Arab Saudi telah melakukan pelaburan besar kepada tiga buah syarikat gergasi industri gaming.

Dana Pelaburan Awam (Public Investment Fund, PIF) yang berpangkalan di Riyadh telah mengambil-alih stok bernilai lebih daripada USD3 billion (sekitar RM12 billion) dalam Activision Blizzard Inc., Electronic Arts Inc., dan Take-Two Interactive Software Inc., lapor Al Jazeera.

Selain itu, PIF yang dipengerusikan Putera Mohammed bin Salman itu turut melabur dalam beberapa syarikat gaming lain melalui yayasan kebajikannya, termasuklah 33.3% saham dalam syarikat Jepun, SNK, yang mana baginda merancang untuk menambah pemilikan sehingga 51% pada masa akan datang.

Pada 2016 Putera Mohammed pernah memberitahu Bloomberg baginda merupakan generasi Saudi pertama yang membesar dengan video game, yang turut mendedahkan siri game game kegemarannya ialah Call of Duty.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Trailer Pertama Mortal Kombat Paparkan Aksi Penuh Ganas, Berdarah Dan Memukau

Diablo II: Resurrected Diumumkan Untuk PC, PlayStation, Xbox, Switch – Menyokong Cross-Progression