in ,

Kerajaan Arab Saudi Beli 5% Saham Dalam Nintendo

Kerajaan Arab Saudi telah membeli 5.01% saham dalam Nintendo.

Menurut laporan Bloomberg, Public Investment Fund (PIF), yang dimiliki kerajaan negara tersebut, telah membeli saham tersebut bertujuan untuk melakukan pelaburan.

Pembelian itu menjadikan PIF sebagai pemegang saham kelima terbesar dalam Nintendo, lapor Bloomberg.

Ini merupakan pembelian terbaharu yang dilakukan PIF dalam langkah mereka yang begitu rancak dalam industri gaming. Bulan lalu, melalui Electronic Gaming Development Company, Putera Mohammed bin Salman telah memiliki 96% dalam SNK, sekaligus kini memiliki studio yang membangunkan Fatal Fury, Metal Slug dan King of Fighters.

Awal tahun ini, PIF juga telah melabur lebih daripada 5% saham dalam Capcom dan Nexon yang mengumpulkan lebih USD1 bilion.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Witcher Versi PS5, Xbox Series Kini Dijadualkan Dilancarkan Hujung Tahun Ini

TikTok Dilaporkan Ingin Masuk Ke Dalam Gaming, Boleh Main Game Terus Dalam Aplikasi