Kejohanan esports peringkat kebangsaan itu sudah biasa kita adakan. Walau bagaimanapun, kejohanan-kejohanan itu kebanyakannya hanyalah satu pertandingan “one-off” yang tidak berlanjutan.

Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman nampaknya ingin mengubah trend tersebut dan membangunkan Esports League yang lebih tersusun untuk mencungkil bakat anak muda dalam industri esports. Kata beliau, liga tersebut akan dimainkan di pelbagai peringkat bagi mencari pemain terbaik untuk mewakili negara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Langkah ini adalah sesuatu yang baik memandangkan negara kita kini mempunyai 14.4 juta peminat esports di seluruh negara,” kata beliau semasa membentangkan ucapan dasar di Esports Professional Industry Conference (EPIC) di Ipoh, Perak.

“Kami telah adakannya sebelum ini tetapi ia hanya sekali saja (one-off) dan tiada di semua peringkat. Dengan adanya Esports League, banyak penambahbaikan dapat dilakukan.”

Sebagai tambahan, Saddiq mengatakan yang kementeriannya kini sedang fokus untuk mencari wakil negara ke Sukan SEA 2019 di Filipina bagi merebut enam game yang dipertandingkan sebagai pingat — termasuklah Dota 2, Starcraft 2, Arena of Valor, Mobile Legend, Tekken 7 dan NBA 2k19.

Buat julung kalinya, esports akan dipertandingkan sebagai salah satu acara pungutan pingat dalam Sukan SEA.

Bagi memperkasakan industri esports dalam negara, Saddiq berkata yang kementerian telah mewujudkan barisan gerak kerja khas yang dibarisi pemain profesional esports.

Sumber: NST

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.