in , , , , , ,

Kepulangan Pemenang Pingat Emas Olimpik Rusia Dirai Dengan Persembahan ‘Toss a Coin to your Witcher’

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang atlet menembak Rusia yang menggayakan medalion Witcher (Wolf School) ketika beraksi di pentas Olimpik Tokyo 2020.

Vitalina Batsarashkina, yang telah membawa pulang dua pingat emas dan satu pingat perak telah menambat hati ramai gamer dan peminat kisah fantasi, terutamanya peminat tegar The Witcher.

Kisah Batsarashkina dan Witcher nampaknya tidak berakhir di situ. Kepulangannya ke tanah air telah disambut meriah. Lebih menarik, terdapat sekumpulan penyanyi koir yang menghadiahkan persembahan nyanyian lagu ‘Toss a Coin to your Witcher’ dalam bahasa Rusia kepada Batsarashkina, lapor PC Gamer.

‘Toss a Coin to your Witcher’ merupakan antara lagu yang menjadi siulan ramai, muncul dalam musim pertama The Witcher terbitan Netflix.

Korang boleh saksikan persembahan nyanyian tersebut, dan reaksi Batsarashkina mendengarkannya dalam video di bawah:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Penerbit GTA Ada 3 Game Klasik Bakal Dihidupkan Semula Yang Masih Belum Diumumkan

Untuk Ambil Game Percuma Di Epic Games Store Kini Memerlukan Pengesahan Dwi-Factor

Epic Telah Belanja RM2.1b Untuk Epic Games Store, Hanya Akan Jana Keuntungan Selepas 2027