Mampukah telefon pintar korang mainkan Fortnite?

Berita tentang Fortnite untuk Android sememangnya sedang hangat sejak seminggu dua ini. Sebelum ini, Epic Games telah mengesahkan yang Fortnite untuk Android tidak akan masuk ke Google Play Store, dan mereka turut menyatakan yang hanya 12 peratus pengguna Android akan boleh mainkan game ini dengan baik.

Terbaru, XDA-Developers telah melaporkan info tentang keperluan spesifikasi minimum untuk Fortnite di Android. Berikut adalah info yang mereka kongsikan setelah melakukan datamine di laman web rasmi Epic:

OS: 64-bit Android 5.0 Lollipop atau lebih tinggi
RAM: 3GB atau lebih tinggi
GPU: Adreno 530 atau lebih tinggi, Mali-G71 MP20, Mali-G72 MP12 atau lebih tinggi

Menurut mereka lagi, melihat daripada senarai spesifikasi ini, Fortnite lebih terhad kepada GPU berbanding CPU. Melalui keperluan GPU ini, kebanyakan peranti dengan Qualcomm Snapdragon 820 dan Exynos 8895 atau lebih baik boleh memainkan game ini.

Ini juga bermakna peranti seperti Samsung Galaxy S7, Google Pixel, OnePlus 3, OnePlus 3T, dan peranti-peranti yang setaraf dengannya boleh memainkan game yang sangat dinantikan ini.

Macam mana dengan korang? Telefon pintar korang lepas untuk mainkan Fortnite?

JomKomen!