Menu
in , ,

Kepada Pelanun Pokemon Sun & Moon, Bersedia Untuk Di-Ban!

Ujar Nintendo dalam isu melanun Pokemon Sun & Moon.

Baru-baru ini, Pokemon Sun & Moon telah berjaya dicetak-rompak dan ianya sudah pun berjaya didapatkan ke tangan ramai pemain. Kesan daripada kejadian ini, banyak info telah tiris ke pihak umum sebelum ia diterbitkan secara rasmi.

Namun begitu, kini Nintendo telah mengambil tindakan tegas dengan menghalang konsol yang memainkan salinan Pokemon Sun & Moon ini untuk menyambung ke talian online. Ini telah disahkan oleh seorang jurucakap Nintendo dengan Kotaku baru-baru ini.

Pokemon Sun & Moon akan diterbitkan pada 18 November.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Leave a Reply

Exit mobile version