in , , , , , ,

Kenderaan Pertama Yang Dibawa Masuk Ke Dalam Fortnite Adalah… Troli Shopping!

Dengan Fortnite, segala-galanya boleh!

Minggu baru, kemaskini baru, item baru. Semalam, Fortnite telah dikemaskini dengan versi v4.3 dan seperti biasa, membawakan pelbagai pembaharuan.

Menjadi tarikan utama dalam kemaskini kali ini adalah pengenalan ‘kenderaan’ pertama yang boleh ‘dipandu’ dalam Battle Royale, iaitu troli atau Shopping Cart. Ini adalah apa yang korang perlu tahu tentang Shopping Cart:

  • Boleh dinaiki oleh dua pemain – seorang boleh duduk di dalam dan seorang lagi menolaknya
  • Pemain yang duduk di dalam boleh menembak
  • Boleh dijumpai di pelbagai lokasi
  • Jika melompat terlalu tinggi, damage akan dikenakan apabila terjatuh

Selain Shopping Cart, pembaharuan lain menarik yang korang perlu tahu adalah:

  • Menambah pilihan untuk menutup/mengaktifkan ‘Edit Mode Aim Assist’ bagi pemain yang menggunakan controller
  • Kini setiap kali satu-satu Challenge berjaya disiapkan, akan ada pop-up yang muncul di belah kiri atas skrin
  • Menambah Mushroom yang apabila dimakan akan menaikkan 5 Shield (sehingga 100 Shield). Boleh dijumpai di pokok-pokok tua atau kawasan berlumpur
  • Dua LTM ditambah iaitu Blitz V2 dan Teams of 20 V2
  • Menambah fungsi Self-Service Cosmetic Return iaitu tempat untuk pemain memulangkan semula item-item yang dibeli menggunakan V-Bucks. Info lebih lanjut di sini
  • Menambah Voice Chat ke dalam Fortnite Mobile

Di atas adalah beberapa penambahan yang bagi kami adalah menarik. Korang boleh baca nota patch penuh untuk kemaskini v4.3 ini di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

James Marsden Bakal Lakonkan Watak Dalam Filem Sonic The Hedgehog

Menteri Komunikasi dan Multimedia Mulakan Pelan “Lajukan Internet, Kurangkan Harga”!