in , ,

Kenapa Xbox One Bergelut Dengan Kekurangan Game IP Baru Dan Single-Player? Ini Penjelasan Penganalisis

Kenapa Microsoft menghadapi nasib yang teruk dengan barisan game eksklusif mereka? Lewis Ward, Pengarah Penyelidik, Gaming dan AR/VR di IDC ada jawapannya apabila bercakap kepada Gamingbolt.

Microsoft menghadapi nasib yang teruk bagi konsol mereka untuk generasi ini. Beberapa game eksklusif yang dinanti-nantikan mengalami masalah dalam pembangunan dan akhirnya berdepan dengan pembatalan seperti game Scalebound dan Fable Legends. Francais lama mereka yang terkenal sudah mula dapat dirasakan kepenatan dan hilangnya kuasa membeli di pasaran seperti siri Halo dan Gears of War. Dan cubaan mereka untuk IP baru seperti Quantum Break dan Sunset Overdrive juga boleh dikatakan agak gagal.

“Microsoft tidak ada studio pembangunan video game besar seperti Sony dan Nintendo serta tidak ada sejarah dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan hiburan pihak pertama. Mereka ada beberapa francais yang besar seperti Halo, Gears of War dan Minecraft dan banyak lagi, tapi strategi Microsoft untuk jangka masa lama adalah untuk mencari studio-studio indie dan rakan kongsi dengan studio pihak ketiga demi mendapatkan kandungan eksklusif,” kata Ward.

“Microsoft telah menjadi lebih agresif dari Sony dan Nintendo dari segi mengenal pasti padanan luaran untuk komuniti Xbox yang datang dari PC atau peranti mobile, dan memastikan game ini dapat berfungsi di set TV serta berpotensi untuk membeli studio bersekutu dan juga IP jika syaratnya masuk akal. Seperti Ryse yang dihasilkan oleh Crytek. Microsoft mendapat kandungan eksklusif World of Tanks dahulu dari Sony. Mereka juga melakukan langkah yang besar pada musim cuti dengan PlayerUnknown’s Battlegrounds. Memandangkan Microsoft mempunyai pasukan pembangunan dalaman yang kecil, mereka berpeluang untuk melakukannya dengan cara yang kreatif dalam mendapatkan kandungan eksklusif dan saya syak trend ini akan berterusan. Ianya sangat berhasil buat mereka.”

Ini sudah boleh dilihat pada tahun lepas dan merupakan masalah yang besar apabila Sony dan Nintendo mendominasi ruang perbincangan dengan game pihak pertama mereka seperti Horizon Zero Dawn dan Breath of the Wild sementara Microsoft diketepikan kerana mereka tidak ada apa-apa yang hendak ditunjukkan.

“Kesemua game ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan sangat mahal. Microsoft juga cuba untuk membantu terhadap sesetengah AAA game dengan naratif yang kuat pada awal generasi ini dan ianya tidak berhasil. Mungkin game Fable yang dibatalkan meninggalkan kesan yang mendalam atau game Crackdown terbaru akan berhasil, ia kelihatan bagus di E3. Namun di penghujungnya, saya tidak salahkan Microsoft kerana terlalu fokus terhadap kerjasama yang melibatkan multiplayer seperti PUBG. Itulah di mana ombak esport akan bergerak dan di situlah tali kewangan boleh bertahan sehingga setahun dan bertahun-tahun. Game single player memang bagus tapi bintang mereka mula pudar kerana mereka berada pada tahap risiko yang tinggi, jika mereka terkeluar dari landasan, ia boleh memusnahkan studio,” kata Ward lagi.

Walau bagaimanpun situasinya, kita hanya boleh berharap bahawa Microsoft akan kembali menghasilkan kandungan pihak pertama yang menarik seperti multiplayer dan GaaS (Game as Service) serta juga game single player.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Satu Skrin Projektor Ini Boleh Dipancarkan Banyak Paparan Sekaligus! Tak Payah Beli TV/Monitor Banyak-Banyak!

Nama “Battlegrounds” Dalam Mode Battle Royale Baru Paladins Tiada Kena-Mengena Dengan PUBG