in , ,

Kenapa Sony Meletakkan Kebebasan Kreatif Sepenuhnya Kepada Pembangun Game Pihak Pertama Mereka?

Semoga game single-player hidup selama-lamanya di konsol PlayStation.

Industri video game semakin lama semakin maju yang turut dirasai di Malaysia berbanding dahulu kala dan ini adalah satu cabaran baru terhadap pembangun game untuk membangunkan game yang boleh memuaskan hati pengguna tak kira pemain tegar atau cuma sekadar sahaja bermain.

Apabila syarikat video game melihat banyak pengguna sudah banyak luangkan masa bermain game, penerbit-penerbit besar video game seperti EA, Ubisoft dan Activision mengambil kesempatan untuk memasukkan microtransaction dan loot boxes ke dalam francais game yang dikenali ramai hanya untuk mengaut keuntungan lebih banyak sehinggakan dikaitkan sebagai salah satu bentuk perjudian.

Namun, PlayStation juga mengejar benda yang sama seperti mencari keuntungan melalui DLC tetapi PlayStation berbangga dengan kepelbagaian kualiti game eksklusif mereka iaitu mengeluarkan game yang indah dan merangkumi pengalaman terbaik untuk game single-player kepada pemain.

Ini terbukti apabila pelbagai IP eksklusif baru dan juga sambungan kepada game-game eksklusif PlayStation ditonjolkan semasa di Paris Games Week pada beberapa bulan lepas.

Ghost of Tsushima keluaran Sucker Punch yang terkenal dengan siri inFamous

Melalui temuramah bersama Michael Denny, naib presiden senior SIE Worldwide Studios dan ketua kepada pemasaran operasi Eropah, beliau mahu jadikan PlayStation sebagai satu platform terbaik untuk bermain game dengan memfokuskan kepada elemen kreatif terhadap sesuatu pembuatan video game.

Apabila ditanya mengenai apa yang dilihat oleh Sony dalam memilih game serta memberi tajaan kepada studio-studio, Denny menjawab:

“Kami sentiasa mahu menawarkan banyak pilihan dan kepelbagaian untuk segala jenis game berbeza kepada komuniti PlayStation. Di Worldwide Studios, kami memberi kepercayaan sepenuhnya dengan studio yang bekerja bersama kami. Kami suka melihat mereka mengeluarkan idea kreatif tersendiri dan juga membuat keputusan terhadap apa yang mereka mahu lakukan kerana kami percaya apabila studio bersemangat dengan game apa yang mereka buat, mereka akan tentu memberikan game gempak untuk kami.”

Denny memuji usaha studio Guerrilla Games sebelum ini pernah membangunkan game shooter Killzone: Shadows Fall dan kini bertukar 360 darjah ke arah RPG melalui game terbaru mereka yang dibangunkan selama 5 tahun, iaitu Horizon Zero Dawn ternyata membawa kejayaan besar setaraf dengan Uncharted 4.

Horizon Zero Dawn keluaran Guerilla Games

Jadi, bagaimana Sony boleh meletakkan harapan tinggi kepada studio-studio untuk menghasilkan seluruh IP dengan cerita, konsep dan gameplay baru seperti Guerrilla Games?

Denny berkata, “Mengetengahkan sesuatu benda yang baru adalah sentiasa menjadi cabaran bagi kami dan inilah cabaran yang disahut oleh Worldwide Studios. Kami akan sentiasa menyokong keputusan studio untuk menghasilkan IP baru seperti game eksklusif akan datang seperti Ghosts of Tsushima dan Days Gone. Apa yang penting adalah kami memastikan kami mempunyai cara proses pembangunan yang kuat serta mengukuhkan elemen penting game itu sepanjang proses pembangunan”.

Lebih menarik lagi, Worldwide Studios bukan sahaja fokus terhadap game triple-A bersama studio-studio besar di Eropah tetapi juga menyokong sepenuhnya terhadap pembangunan game indie seperti Concrete Genie dibangunkan oleh PixelOpus dan melihat ke pasaran luar dari negara lain seperti Stifled dari China.

Kami sudah cuba bermain Stifled melalui kacamata PSVR semasa game ini tersenarai dalam PSX SEA 2017 yang hanya berpandukan suara untuk melihat seluruh atmosfera game itu adalah suatu pengalaman VR yang sangat unik.

Bercakap mengenai game PSVR, Worldwide Studios yakin idea inovatif dan luas yang dibawakan oleh pelbagai studio boleh membawa fenomena baru dalam pembangunan game VR dengan meletakkan pemain betul-betul di tengah aksi permainan.

Jika anda terlepas trailer game-game PlayStation yang diumumkan ketika di Paris Games Week, anda boleh tonton semua di sini dan anda mahu tahu senarai game PSVR akan datang, anda boleh klik di sini.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Buat Pertama Kalinya Steam Telah Mencapai Lebih 17 Juta Pengguna Serentak

Ibu Kepada Seorang Pemain Fortnite Yang Disaman Epic Games Kata Anaknya Telah Dikambinghitamkan