in , , , ,

Kenapa Server Fortnite Bermasalah Minggu Lalu? Sebab Cecah 3.4 Juta Pemain Serentak!

Server Fortnite tak mampu tampung.

Masih ingat masalah yang dihadapi Fortnite pada minggu lalu? Sebilangan besar pemain tidak dapat masuk ke dalam game, apatah lagi bermain, yang melarat selama beberapa hari.

Terbaru, Epic Games baru sahaja mengeluarkan kenyataan, menjelaskan kepada para pemain apakah isu yang dihadapi oleh mereka di balik tabir sepanjang masalah itu berlangsung dengan penerangan yang cukup teknikal.

Secara ringkasnya, Fortnite pada 3 dan 4 Februari lalu telah berjaya mencecah 3.4 juta pemain serentak, dan ia telah membuatkan server game ini tidak mampu menampungnya. Ketidakmampuan ini telah menimbulkan beberapa isu yang lain pula.

Di sebalik berita tidak baik ini, jumlah 3.4 juta pemain serentak ini sebenarnya berita yang besar buat Fortnite. Ia secara langsung telah berjaya memotong jumlah pemain serentak yang berjaya dicapai oleh PlayerUnknown’s Battlegrounds – yang mana pernah mencecah seramai 3.2 juta pemain serentak.

Tapi harus diingat, jumlah 3.2 juta pemain serentak yang dicapai oleh PUBG ini hanyalah data yang dikeluarkan di Steam (PC), manakala PUBG di Xbox One tidak pernah mengeluarkan data jumlah pemain serentak.

Jumlah pemain serentak yang dicapai oleh Fortnite, iaitu 3.4 juta, ini pula adalah gabungan di tiga platform – PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

‘Project Yeti’ – Sebuah Platform Streaming Video Game Seperti Netflix Atau Konsol Video Game Dari Google?

Penerbit GTA, Red Dead Beri Respon Terhadap Fenomena Genre Battle Royale