in , , , ,

Kenali Gerardo “Mako” – Modder Yang Bikin Konsol Biasa Jadi Stylo!

Berapa ramai dariada korang di sini yang menghargai konsol korang sama seperti korang menghargai game? 

Siapa setuju kalau kami katakan yang rekabentuk luaran konsol kebanyakannya membosankan dan tidak menarik?

Tapi bagi pembangun video game, ia bukanlah faktor utama dalam pembelian video game kerana pengguna konsol selalunya memilih konsol tertentu berdasarkan kepada berapa banyak game eksklusif yang ada pada konsol tersebut.

Namun, ada seorang lelaki yang mahu mengubah mentaliti para gamers terhadap perkara ini dan dia mahu menyampaikan mesej melalui hasil seninya dengan mengatakan, “Hei, jika reka bentuk konsol kamu ada nilai estetik yang setaraf dengan video game yang kamu suka, kamu pasti akan menghargainya sama seperti kamu menghargai video game kegemaran kamu.”

Gerardo “Mako”

Gerardo atau lebih dikenali sebagai “Mako”, berumur 39 tahun dan berasal dari Barcelona, Sepanyol. Dia merupakan pengasas MakoMod. Dia mula membuat modding sejak tahun 2015 sebagai satu hobi, namun lama-kelamaan hobinya bertukar menjadi sebuah karier tetapnya.

Hasil kerjanya telah banyak menarik perhatian media dan juga pembangun seperti Sony PlayStation. Salah satu hasil kerjanya yang terkenal ialah PlayStation 4 Pro yang bertemakan God of War. Ia pernah dilelong di eBay.

PS4 Pro bertemakan God of War

Untuk pengetahuan korang, Mako mengambil masa selama 4 bulan untuk menyiapkan projek ini dan perjalanannya bukanlah mudah. Menurut Gerardo, dia perlu mencari tukang kulit yang mahir untuk menghasilkan kulit “Shoulder Pad” yang menutup separuh bahagian atas PS4 Pro. Untuk bahagian butang pada konsol itu, dia menggunakan kayu pain yang lama dan asli yang diukir dengan runes Nordik. Akhir sekali, dia menggunakan cat semburan batu untuk menghasilkan tekstur yang kasar di bahagian atas PS4 Pro.

Nampak macam senang, tapi untuk mengumpulkan bahan-bahan tertentu dan membayangkan konsep dan idea sehingga ia menjadi realiti tidak ramai yang boleh lakukan seperti dia.

Antara hasil kerjanya yang pertama ialah “Midgar” yang berdasarkan kepada game kegemaran Mako iaitu Final Fantasy VII.

Sepanjang pengalamannya sebagai seorang modder, cabaran yang paling sukar yang pernah dia jumpa adalah untuk mengukir model 3D di mana ia memerlukan sesi pembelajaran dan latihan yang banyak untuk mahir. Antara hasil kerjanya yang memerlukan dia untuk mengukir model 3D ialah figura Ryu dan Ken untuk mod PS2 Street Fighter 2 dan figura Castellano untuk mod PS4 The Evil Within 2.

Setiap hari dia perlu mempelajari teknik-teknik baru dan bagaimana untuk mengendalikan bahan-bahan baru. Mako perlu sedikit “mahir” dalam pelbagai perkara termasuklah seperti bagaimana hendak mengetahui umur sesebuah kayu, macam mana hendak menghasilkan acuan besi dan airbrushing.

Dari segi bagaimana Mako mendapat ilham dan inspirasi untuk projeknya, dia hanya perlu melihat kepada elemen-elemen yang penting sahaja dari game tersebut. Sebagai contoh, topeng Aku-Aku dan binaan Pre-Colombin dari mod PS4 Crash Bandicoot yang dia pernah hasilkan.

Buat masa kini, lelongan mod yang paling mahal baginya ialah Sheikah Switch yang berharga 2,000 Euros (RM 9,461). Mod Aku-Aku juga dikatakan mahal tapi telah dijual terus kepada PlayStation Spain. Manakala, lelongan yang paling murah ialah mod Mini SNES Metroid Gunship yang mana lelongannya telah ditarik keluar atas sebab kos pengeluaran.

Walaupun ramai yang menyukai hasil kerjanya, Mako tetap menghormati Collector Edition dan Bundle rasmi yang dikeluarkan oleh pembangun video game. Mako berkata setiap reka bentuk ada nilai seninya yang tersendiri, tapi hasil seninya lebih ke arah gaya modding dan lebih bercita-cita tinggi.

Mako berharap masa depan MakoMod akan menjadi lebih cerah. Dia berharap dia mampu menghasilkan mod yang dapat memberikan impak yang besar kepada setiap game AAA yang dilancarkan. Jika korang sukakan hasil kerja Gerardo “Mako” dan ingin menyokongnya, korang boleh like Facebook page dan follow Twitter Mako.

Terima kasih kepada Bunny Gaming kerana sudi berkongsi temubual bersama Mako ini dengan JomGaming. Korang boleh lawati laman BunnyGaming.com untuk membaca berita-berita gaming tempatan dalam Bahasa Inggeris.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tarikh Sesi Beta Untuk Mode Battle Royale, Blackout Dalam Call of Duty Black Ops 4 Diumumkan [KEMASKINI]

Battle Royale Dalam Battlefield V Pertama Kalinya Diperlihatkan Dalam Trailer Terbaru – Kereta Kebal, Bulatan Api!