Kalau korang dah membaca siri novel The Witcher yang dicipta Andrzej Sapkowski atau mainkan siri game yang dibangunkan CD Projekt Red, pastinya korang sudah cukup mengenali beberapa watak utama dalam francais ini.
Tapi bagaimana dengan korang yang tidak pernah menghadam apa-apa naskhah The Witcher sebelum ini dan ingin mengikuti siri TV The Witcher yang bakal ditayangkan di Netflix tidak lama lagi?
Seperti dalam novel dan video game, Siri TV The Witcher di Netflix juga akan mengetengahkan tiga watak utama — iaitu Geralt, Yennefer dan Ciri. Netflix telah mengeluarkan tiga video baru, memperkenalkan ketiga-tiga watak utama ini bagi korang yang ingin mengenali siapakah mereka ini sebelum memulakan siri TV itu nanti.
Jom layan:
The Witcher akan boleh mula distrim di Netflix pada 20 Disember ini. Kesemua lapan episod untuk musim pertama akan dilancarkan secara serentak.
Comments
Loading…