Bulan hadapan, musim seterusnya untuk Rainbow Six Siege, yang diberi nama Operation Shifting Tides akan dilancarkan. Seperti biasa, ia akan membawakan pelbagai kandungan baharu, terutamanya dua Operator baru.

Operator pertama ialah attacker yang berasal dari India, digelar Kali. pencinta tembakan jarak jauh pastinya akan menyukai Operator terbaru ini kerana buat pertama kalinya dalam Rainbow Six Siege, selaras bolt-action sniper berkuasa tinggi diperkenalkan. Selain itu, Kali juga memiliki gajet LV Explosive Lance, sejenis attachment kepada sniper yang apabila ditembak boleh membuat lubang kecil terhadap dinding, termasuk reinforced wall.

Operator kedua pula ialah defender yang berasal dari Kenya, digelar Wamai. Kekuatan Wamai ialah Operator ini mempunyai gajet yang diberi nama Mag-NET System. Apabila dicampak dan dilekatkan di dinding, ia boleh dikatakan berfungsi seperti magnet. Apabila apa-apa tembakan atau balingan pihak lawan seperti grenade laucnher atau flashbang melintasi berdekatan, ia akan ditarik ke arah Mag-NET System, melambatkan letupan dan akhirnya meletup di tempat tarikan itu yang kurang berbahaya berbanding sasaran asal.

Tiada map baru akan dilancarkan nanti, namun ia akan memperkenalkan semula map Theme Park yang dikemaskini dengan lebih sesuai untuk perlawanan-perlawanan kompetitif.

Korang boleh saksikan video di bawah, yang mana Ubisoft menjelaskan lebih lanjut tentang kandungan yang bakal ditampilkan dalam Operation Shifting Tides, yang dijadual akan dikeluarkan pada 3 Disember 2019.

JomKomen!