in , , ,

Kena: Bridge of Spirits: Ini Mungkin Trailer Photo Mode Paling Comel Pernah Dikeluarkan

Kena: Bridge of Spirits merupakan antara game indie yang paling dinantikan tahun ini, dan ia telahpun dilancarkan pada hari ini.

Sempena pelancarannya, Ember Lab telah mengeluarkan dua buah trailer — satu memperlihatkan trailer pelancaran, dan satu lagi memaparkan apa yang pemain boleh lakukan dalam Photo Mode game ini.

Trailer Photo Mode ini sememangnya comel. Ia memperlihatkan bukan sahaja karakter yang kita kawal, Kena sahaja boleh menggayakan gerak badan dan senyuman ketika mengambil gambar, malah karakter-karakter lain yang tidak boleh dikawal (NPC) juga boleh melakukan perkara yang sama

Semasa dalam Photo Mode, pemain boleh mengarahkan karakter-karakter ini memberikan reaksi seolah-olah benar-benar seseorang sedang menangkap gambarnya, seperti menghadiahkan senyuman dan menggayakan jari ‘peace’ — dan ia sangatlah comel!

Jom saksikan:

Kena: Bridge of Spirits kini boleh dimainkan di PS4, PS5 dan Epic Games Store.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Medium Tradisional TV/Filem Dah Capai ‘Kemuncak’, Ruang Perkembangan Seterusnya Adalah Game, Kata CEO Sony Pictures

Neil Druckmann Juga Antara Pengarah Episod Dalam Siri TV The Last of Us Terbitan HBO