in , ,

Kena: Bridge of Spirits Akan Dilancarkan Pada Ogos, Hanya Berharga RM169

Daripada sekian banyak game akan datang yang sudah diumumkan, Kena: Bridge of Spirits merupakan antara yang paling menarik perhatian penulis.

Semasa acara State of Play pada Jumaat lalu, Ember Lab telah memperlihatkan trailer baharu, sekaligus memperlihatkan gameplay buat kali pertama. Melihat trailer ini, ia menambahkan lagi keterujaan kita terhadap game yang memiliki visual yang sangat cantik ini.

Jom layan:

Bersama-sama dengan trailer ini, mereka turut mengumumkan tarikh pelancaran dan harga pasarannya.

Kena: Bridge of Spirits akan dilancarkan pada 24 Ogos 2021 dengan harga hanya RM169. Dalam kata lain, game ini bukanlah meletakkan harga game AAA penuh (RM250).

Kena: Bridge of Spirits akan dilancarkan untuk PS4, PS5 dan PC. Ia merupakan game eksklusif konsol di PlayStation dalam waktu terhad, bermakna ia kelak akan turut dilancarkan di platform konsol lain, kebiasaannya selepas setahun.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sifu: Game Kung-Fu Yang Memfokuskan Pertempuran Tangan Kosong Jarak Dekat

PS4 Standard 500GB Dah Tak Muat Nak Mainkan Call of Duty Warzone, Cold War, Modern Warfare