Hala Madrid.
Tahun ini dalam FIFA 19, perjalanan karier bola sepak Alex Hunter akan mencapai kemuncaknya apabila beliau akan berpindah ke Real Madrid. EA Sports telah menjanjikan yang kisah dalam story mode ini bakal menjadi sebuah finale yang dramatik.
Dalam video trailer terbaru yang dikeluarkan, EA Sports memperlihatkan langkah Hunter masuk ke dalam kelab terbesar dunia itu. Beberapa pemain Real Madrid seperti Raphael Varane turut mengucapkan selamat datang kepada Hunter.
Alex Hunter merupakan karakter fiksyen yang ada dalam siri game FIFA sejak pertama kali diperkenalkan dalam FIFA 17. FIFA 19 ialah kali ketiga dan terakhir watak ini akan tampil dalam game ini untuk menggulungkan kisahnya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Apa yang menarik untuk disaksikan dalam story mode kali ini ialah Cristiano Ronaldo dikatakan akan turut tampil dalam kisah ini, sebagai seorang pemain Real Madrid. Umum mengetahui bahawa baru-baru ini beliau telah berpindah ke Juventus dan telah menimbulkan drama muka hadapan FIFA 19.
Versi demo FIFA 19 akan dikeluarkan pada 11 September ini, dan game penuhnya akan dilancarkan pada 28 September nanti untuk PC, PS4 dan Xbox One.
JomBaca: Sah! FIFA 19 Akan Bawakan Survival Mode Ke Dalam Mode Kick-Off
Comments
Loading…