Pembuangan Cyberpunk 2077 oleh Sony dari PlayStation Store telah melepasi lebih daripada 100 hari sejak berkuatkuasa pada Disember lalu.
Dalam pertemuan CD Projekt Red bersama para pelaburnya, ada pemegang taruh yang bertanyakan tentang perkembangan Cyberpunk 2077 di platform PlayStation, lapor IGN.
Wakil CDPR, Michał Nowakowski menjawab dengan mengatakan pasukan mereka sedang menambahbaik game itu dengan penuh kesungguhan, namun pada akhirnya kelak, keputusan untuk mengembalikan Cyberpunk 2077 ke PlayStation Store hanya terletak di tangan Sony.
Nowakowski berkata setiap kemaskini yang mereka keluarkan, ia semakin hampir untuk melancarkan semula game open-world itu ke PS Store, tetapi tidak memberikan sebarang tempoh atau tarikh bilakah kita akan dapat saksikannya.
Kepada korang yang hanya memiliki PS4 atau PS5 sebagai sistem gaming, dan teringin benar bermain Cyberpunk 2077, sama-samalah kita nantikan bilakah Sony dan CDPR akan mencapai kata sepakat untuk melancarkannya semula ke store itu.
Disember lalu, setelah pelancarannya di konsol begitu teruk yang penuh dengan glitch, Sony telah menyediakan laman khas untuk mengembalikan semula wang pemain secara penuh (full refund), sekaligus membuang game itu dari PS Store dan tidak membenarkan pemain-pemain baharu untuk membelinya.
Comments
Loading…