in , ,

Kemaskini PS4 Pro Bakal Tiba Untuk Rocket League Pada Minggu Hadapan

Bergembiralah pemain-pemain Rocket League di PS4!

Dalam blog post terbaru PlayStation, Sony telah mendedahkan bahawa kemaskini untuk sokongan PS4 Pro di Rocket League bakal tiba 21 Februari ini.

Kemaskini ini akan membenarkan Rocket League dimainkan dalam 1080p (di PS4 versi biasa) dan 4K (di PS4 Pro) pada 60fps di semua Arena untuk mode single dan splitsreen 2-pemain. Untuk mode splitscreen 3 dan 4-pemain, ia juga akan menampilkan framerate dan resolusi yang sama, namun hanya untuk beberapa Arena.

Pelancaran kemaskini sokongan PS4 Pro ini serentak dengan DLC Hot Wheels yang akan dikeluarkan untuk semua platform – PS4, Xbox One dan PC – pada tarikh yang sama juga.

Baru-baru ini, Psyonix telah mendedahkan bahawa Rocket League telah memiliki 25 juta pemain berdaftar, serta 1 billion perlawanan telah dimainkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

BenQ Memperkenalkan 2 Monitor Baru Yang Direka Untuk Mereka Yang Serius Dalam Gaming

For Honor – Koleksi Markah Dan Review Dari Pengkritik