Setelah sekian lama menanti, CD Projekt Red akhirnya telah mengumumkan tarikh pelancaran bagi kemaskini generasi seterusnya untuk The Witcher 3: Wild Hunt.
Berjudul The Witcher 3: Wild Hunt – Complete Edition, ia akan dilancarkan pada 14 Disember 2022 untuk PC, PS5 dan Xbox Series.
Kemaskini ini akan diberikan secara percuma kepada pemilik yang sudah memiliki The Witcher 3: Wild Hunt di PC, PS4 dan Xbox One. Melalui kenyataan yang dikeluarkan, kemaskini ini akan membawakan pelbagai penambahbaikan visual, prestasi dan teknikal — termasuklah sokongan ray-tracing, waktu loading lebih pantas di konsol, dan lain-lain.
Tentunya, kandungan tambahan (DLC) yang dinantikan adalah kandungan istimewa yang diinspirasikan daripada siri tv The Witcher terbitan Netflix.
Selain itu, Complete Edition ini turut akan dijual secara berasingan untuk PC, PS5 dan Xbox Series. Edisi ini akan hadir dengan semua DLC yang pernah dilancarkan untuk game tersebut sebelum ini, termasuklah expansion Hearts of Stone dan Blood and Wine.
Sekiranya pemilik sedia ada The Witcher 3: Wild Hunt di PS4, Xbox One dan Nintendo Switch masih belum berpindah ke PS5 dan Xbox Series, platform-platform itu juga akan mempunyai beberapa penambahan serta akan turut dapat memainkan kandungan siri Netflix tersebut.
Your article helped me a lot. what do you think? I want to share your article to my website: gate io
Your article gave me a lot of inspiration, I hope you can explain your point of view in more detail, because I have some doubts, thank you.