Menu
in , , , , ,

Kemaskini Next-Gen The Witcher 3 Bawakan Photo Mode, 60FPS, Armor Geralt Netflix, Banyak Lagi

Seperti yang dijanjikan, CD Projekt Red telah berkongsi butiran lanjut mengenai apakah yang akan dibawa ke dalam kemaskini next-gen untuk The Witcher 3: Wild Hunt.

Melalui trailer yang dikeluarkan, CDPR mendedahkan yang kemaskini itu akan menampilkan tekstur 4K, mode 60 FPS, Photo Mode, gameplay yang ditambahbaik, cloud save, visual ray-tracing, dan lain-lain.

Seperti yang kita tahu sebelum ini, kemaskini ini juga akan menampilkan kandungan khas yang diinspirasikan daripada siri tv The Witcher terbitan Netflix. Kini kita mengetahui bahawa kandungan tersebut adalah armor dan penampilan Geralt yang kelihatan seperti Geralt dari siri tv tersebut.

Khusus untuk pemain PS5, sokongan controller DualSense iaitu haptic feedback dan adaptive trigger akan turut hadir.

Berjudul The Witcher 3: Wild Hunt – Complete Edition, ia akan dilancarkan pada 14 Disember 2022 untuk PC, PS5 dan Xbox Series.

Complete Edition ini turut akan dijual secara berasingan untuk PC, PS5 dan Xbox Series. Edisi ini akan hadir dengan semua DLC yang pernah dilancarkan untuk game tersebut sebelum ini, termasuklah expansion Hearts of Stone dan Blood and Wine.

Sekiranya pemilik sedia ada The Witcher 3: Wild Hunt di PS4, Xbox One dan Nintendo Switch masih belum berpindah ke PS5 dan Xbox Series, platform-platform itu juga akan mempunyai beberapa penambahan serta akan turut dapat memainkan kandungan siri Netflix tersebut.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version